21 Mac 2010

~Tag Sepuluh~

Posted by Fatihah at 3/21/2010 05:09:00 PTG

Tag ni Fatihah dapat dari saSha a.K.a MumYalya.. TQ dear kerana sudi Tag Fatihah.. Jadi dapatlah blog ni selalu di kemaskini. Walaupun Tag ni agak mencabar.. Fatihah cuba juga buat..

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya (jadi saya akan mengguna kan bahasa ibunda saya sepenuhnya)

[1] Siapakah diri anda di rumah?

Saya seorang isteri kepada En.MUSTAFFA.. dan mama kepada sepasang anak..
NACQRISMA MIA AMYRA & MUHAMAD NACQRIS MIKAIL. Saya juga surirumahtangga sepenuh masa.

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Pendengar yang baik kot.. yerlah hampir semua rakan2 saya suka bercerita tentang masalah & meluahkan perasaan mereka kat saya.. dan mungkin saya ni jenis yang berfikiran terbuka kerana saya boleh sertai apa2 jer perkara yang rakan2 bincangkan.. dan yang paling penting saya amat mengambil berat tentang rakan2 di sekeliling saya... Saya sayang rakan2 saya.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Rasa2nya kalau nak cakap apa yang saya idamkan memang banyak.. tapi sekarang saya bersyukur dengan apa yang ada.. Saya dah ada sepasang anak yang comel dan tak lama lagi akan lahir anak yang ke-3.. dan saya ada seorang suami yang handsome... syukur alhamdulilah.

[4] Siapakah nama pasangan anda?

En. MUSTAFFA YASIN

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

~ Sedap mata memandang,
~ Baik.
~ Bertanggungjawab
~ Jujur
~ penyanyang

macam tak cukup jer 5 perkara tu.. banyak lagi.. dan saya doakan semoga suami saya tak berubah dan berharap dia seperti sekarang dunia & akhirat.. Amin.. I LOVE YOU SAYANG.


[6] Bila tarikh anda couple?

20 JULY 2004

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Kenangan pahit? mmmm.. adalah.. lebih2 lagi macam kami yang cinta berlainan agama.. tapi sekarang syukur alhamdulilah segala nya dapat kami tempuhi bersama2.. bak kata perpatah.. "bersusah susah dahulu,bersenang2 kemudian".. kenangan pahit itu kami abadikan menjadi "kenangan yang terindah"..

[8] Lagu tema cinta anda?

Banyak.. sebab kami ni memang suka mendengar lagu.. salah satu lagu yang kami suka masa bercinta dulu... Here Without You - 3 Doors Down..

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Mmm.. jangan main internet sampai pukul 3-4pagi.. jaga kesihatan.
Kalau boleh janganlah selalu pergi outstation.. kesian mama & anak2 tinggal di rumah..
Selebihnya.. syukur alhamdulillah.. saya bersyukur dengan pasangan saya.

[10] Tag 10 rakan ada yang lain

Saya nak Tag semua yang terbaca blog ni.. Tag ni best rasanya tak cukup untuk 10 rakan..
Sudi2lah buat Tag ni.. anda pasti terkenang kembali dan tersenyum2..


4 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin on 22 Mac, 2010 16:50 berkata...

selamat melahirkan baby yer....

Fatihah on 23 Mac, 2010 08:45 berkata...

Tq kak.. tak lama lagi tu.. berdebar2 tunggu.

sasha @ mumyalyaqil on 23 Mac, 2010 10:53 berkata...

yes..ibu preggy yg rajin..semoga selamat semuanya ye dear :)

Fatihah on 25 Mac, 2010 10:12 berkata...

saSha a.K.a MumYalya - TQ dear.

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez