20 Februari 2011

Resipi Kuih Lapis Simple

Posted by Fatihah at 2/20/2011 01:58:00 PTG
Ok Ini percubaan pertama Fatihah buat "Kuih Lapis"ni.. Sangat simple... Fatihah memang suka buat resipi yang simple.. sebab malas nak memeningkn kepala mencari bahan-bahab. Lagipun Fatihah ni budak baru belajar.. 


** Sila abaikan lapisan kuih aku yang tak cantik.. hihihi**


RESIPI KUIH LAPIS 

BAHAH-BAHAN 

2 Cawan ( Mug) Tepung Gandum

10 Sudu Besar Gula 

400Ml Santan Cair

Sedikit Garam

CARA - CARA

- Campurkan semua sekali dalam mangkuk/mixer.

- Kacau sehingga sebati.

-Tapiskan adunan tadi ( supaya tiada adunan yang berketul2 )

- Bahagikan adunan tadi kepada 2 mangkuk yang berlainan

- Satu adunan diisi dengan perwarna pink ( Warna lain pun boleh, ikut kesukaan)

- Satu adunan tadi biarkan warna plan ( Tapi kalau nak letak warna juga pun boleh, Tapi pastikan warna lain2)

- Kemudian kukus selapis demi selapis, selang selikan warna ( satu lapisan dalm 3-5 minit )

- Selesai lapisan kuih itu, Kukus lagi dalam 30 minit atau sehingga masak.

- Sejuk baru potong.



SELAMAT MENCUBA :)

P/S: Pssstttt Mari cari duit lebih di hujung jari DISINI

0 comments:

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez