07 Jun 2011

Seronok Jadi Cikgu.

Posted by Fatihah at 6/07/2011 11:07:00 PG 0 comments
Assalamualaikum semua..

Akhir-akhir ini Fatihah sangat sibuk sampaikan nak updates blog tak ada masa & idea... Ok sekarang ni Fatihah dah menjadi Cikgu.. Cikgu tanpa gaji.. Yup tanpa gaji.. sebab Fatihah menjadi cikgu di rumah untuk anak2 Fatihah..

Sumber Gambar Dari Google


Menguji kesabaran betul mengajar anak2 ni.. Kena betul2 sabar.. walaupun kadang2 tu naik juga "temperature".. Susah juga jadi cikgu ni yerrr... Kena betul2 sabar...  Sekarang Fatihah lebih fokus mengajar anak sulung Fatihah Amyra... sebab tahun depan dia dah nak masuk sekolah.


Fatihah mengajar yang simple jer seperti


Membaca,menulis & mengenal ABJAD


Membaca,menulis & mengenal NOMBOR

Membaca,mengenal dan menulis JAWI.

Untuk insan yang memilik/memilih kerjaya sebagai seorang "CIKGU"  Fatihah memang respect lah...

31 Mei 2011

Selamat Hari Gawai.

Posted by Fatihah at 5/31/2011 08:00:00 PTG 0 comments
Assalamualaikum semua..


Fatihah nak wish "SELAMAT HARI GAWAI,GAYU GURU GERAI NYAMAI NGUAN MENUA" kepada family Fatihah di Roban, Saratok, Sibu & Sarikei...


Tahun ni Fatihah dan keluarga tak balik Gawai... So rasa sedih tu adalah sikit.. tapi tak apalah bukannya selalu pun kan???


Ok untuk Family Fatihah di Tr.Roselind lema, Roban.. "jangan lupa upload gambar gawai nanti k" :)

       
.

14 Mei 2011

Broadband Hilang

Posted by Fatihah at 5/14/2011 08:10:00 PTG 0 comments
Assalamualaikum semua..



Huuh BROADBAND hilang... jadi blog ni akan bersawang untuk beberapa hari atau minggu sebelum mendapatkan line internet yang baru...

Ni pun curi2 masa pergi cc jap...


04 Mei 2011

Seseorang Yang Amat Menyintai Kamu.

Posted by Fatihah at 5/04/2011 05:01:00 PTG 1 comments


Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan alasan mengapa dia mencintai kamu. Dia hanya tau, di mata dia, kamulah satu satunya.

Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah / gila / sakit hati/ merajuk/stres. Tapi ia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu.

Seseorang yang mencintai kamu, jarang memuji kamu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu. 

Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya mesej atau panggilannya, kerana dia risaukan kamu dan dia tidak ingin sesuatu terjadi kepada kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup / berdenyut / bergetar untuk kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan Dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan menabur janji dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan kehidup yang paling bahagia dan aman selama lamanya dia sudah merancang semuanya untuk kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahu kamu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa akan datang. Dia ingin memberikan kamu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.
Seseorang yang mencintai kamu, tahun kamu, tapi mungkin tidak boleh mengingat kejadian / peristiwa / kenangan terindah , seperti hari ulang dia tahu bahwa setiap detik yang dia lalui, dia sangat mencintai kamu, tidak kisah hari apakah hari ini.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak mau berkata Aku mencintaimu dengan mudah, kerana segalanya yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahwa dia sedia mencintaimu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I LOVE YOU”  pada situasi yang special, kerana dia tidak mau kamu salah faham, dia mahu kamu mengetahui bahwa dia sangat mencintai dirimu.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus mennelefon kamu ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan pesan mesej setelah beberapa jam/minit. Jika kamu menanyakan: mengapa dia lambatmenelefon, Dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.
Seseorang yang mencintaimu, selalu menganggap kamu seorang “ gadis kecil/insan kerdil “, tetapi sewaktu dia ingin membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar saranan dari kamu.
Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘ I LOVE YOU‘ ada di dalam dompetnya.
Seseorang yang mencintaimu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan tak terkontrol (secara terus menerus) meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan pesan mesej kepadamu : “Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya”.
Seseorang yang mencintaimu, jarang mengatakan kata-kata manis. Tapi kamu tahu, ‘kecupannya’ sudah mengatakan segalanya.


Mustaffa Yasin.. I LOVE YOU..

03 Mei 2011

Selamat Hari Jadi Sayangku

Posted by Fatihah at 5/03/2011 09:58:00 PG 0 comments
Assalamualaikum semua..

Hari ini 3 May Birthday orang yang paling Fatihah sayang & cinta.. Fatihah tak dapat imagine hidup tanpa "Dia".. "Dia" lah Cinta, Kasih & Sayang Fatihah.. dan "Dia"lah bestfriend kini & selamanya..


Mencintai "Dia" adalah perkara yang terindah pernah terjadi dalam kehidupan Fatihah.. Apatah lagi memiliki "Dia" sebagai "SUAMI"... Terima kasih Allah kerana kurnia mu.. kini kami ada 3 cahaya mata AMYRA, MIKAIL & HANNAH..Dan terima kasih juga kerana menjaga Fatihah & anak -anak kita dalam banyak perkara.. Terima Kasih Sayang... I'M A LUCKY WOMAN TO HAVE "YOU" BY MY SIDE!


 

Ok jom nyanyi dengan Fatihah & Anak-anak..


HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO PAPA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

Suamiku semoga ceria selalu, sentiasa diberkati & dirahmati Allah.. & mama doakan juga semoga papa menjadi orang yang berjaya. Amin. Jangan cepat putus asa k...

Pesanan khas anak2 untuk papa...

"PAPA BELANJA MAKAN KEPSI" dari AMYRA ,MIKAIL & HANNAH.


29 April 2011

Setuju tak?

Posted by Fatihah at 4/29/2011 09:50:00 PG 2 comments
Assalamualaikum semua..

Setuju tak dengan Statment di bawah ni??? Fatihah tak tahu nak  setuju atau tak.. tapi ini pandangan masing2 ok..


Korang dah baca komen kat atas tu??? Komen ni di ditulis dalam shotbox Fatihah.. Pengomen ni tanpa nama.. entah kenapa dia tak bagi nama dan link blog dia.. kalau dia bagi bolehlah melawat.. hihihi..



Fatihah rasakan.. org ni komen tentang entry Fatihah semalamlah... ( HIKMAH BERJAUHAN ).. Kat entry tu Fatihah ada cerita  lepas kami suami isteri berjauhan selamat 2 minggu.. Suami Fatihah makin romantik.. 



Tapi tak kisahlah orang tu nak komen apa.. yang penting Fatihah tahu siapa Suami Fatihah.. Tapi kalau benda tu nak jadi juga ( Minta dijauhkan lah ).. Fatihah redha dengan qada & qadar & redha dengan ketentuanaya...

28 April 2011

Hikmah Berjauhan

Posted by Fatihah at 4/28/2011 02:10:00 PTG 0 comments
Assalamualaikum semua..

Di Entry lepas2 Fatihah ada menceritakan tentang Suami Fatihah pergi outstation selama 2 minggu +++ kan.. Tapi sekarang Suami Fatihah dah sampai di rumah..

Fatihah cuma nak ceritakan Hikmah kami berjauhan sementara hari tu.. 2 minggu tu Fatihah lalui dengan penuh rasa sabar... Fatihah tak pernah berjauhan lama2 dengan suami Fatihah..


 

Lepas kami berjauhan selama 2 minggu itu... Ada beberapa perubahan yang Fatihah rasakan.. Fatihah rasakan yang hubungan kami makin rapat & intim... Cinta & Kasih Sayang kami anak beranak pun makin bertambah2 dan berbunga-bunga cinta...




Rasa rindu masih menebal di hati Fatihah.. terasa sentiasa ingin berada di samping suami tapi nak buat macam mana kan... pagi suami pergi kerja... malam baru dia ada.. tapi kalau dah malam.. mesti nak tidokan.. jadi kira macam tiada masa yang berharga untuk bersama.. tapi saat hujung minggu saat yang amat di nantikan... saat untuk kami anak beranak2 bergelak ketawa di persisiran pantai...


Sejak kami berjauhan Fatihah perasaan yang suami Fatihah sekrang dah pandai nak ber'sms' & call Fatihah dengan ayat-ayat....Rindu,Cinta & Kasih terhadap Fatihah... Walaupun baru keluar dari rumah...Fuhh terasa dunia ini Fatihah yang punya.. hahahaha..



Inilah hikmahnya selepas kami berjauhan selama 2 minggu+++... Rindu kami suami isteri meluap-luap.. dan pastinya hati kami tak keruan dibuatnya kerana rasa rindu cinta kasih dan sayang yang membrontak dalam hati kami... 


Best juga berjauhan sekali sekalakan??????  Macam2 kita rasa & tempuhi... Tapi jika ditanya sama ada Fatihah nak berjauhan lama2 dengan suami lagi..... Jawab Fatihah "TIDAK" Fatihah tak mahu berjauhan lama2 dengan suami lagi.. sakit sangat rasa nya.. 

p/s: Kalau suami Fatihah baca entry ni mesti dalam hati dia cakap " kenapa isteri aku jiwang hari ni" hahahahha...
 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez