28 Februari 2011

Mikail Top 21 Contest The Sexiest Baby

Posted by Fatihah at 2/28/2011 05:16:00 PTG 0 comments
Syukur Alhamdulillah mikail dapat Top 21 Contest The Sexiest Baby... Disebabkan Fatihah rajin hari ni.. so Fatihah editlah sikit2 gambar kat atas tu.. hihihii..

Untuk Mikail Good Luck Sayang.


25 Februari 2011

Aku tak pandai memasak?

Posted by Fatihah at 2/25/2011 04:33:00 PTG 5 comments
Dulu masa mula2 berkahwin Fatihah ni kategori orang yang tak pandai memasak.. Tapi nak cakap langsung tak pandai memasak tu tak juga.. Masak yang asas2 ja tahu...


Mula2 kawen Fatihah tinggal rumah mertua.. Percaya atau Tidak.. Fatihah jarang memasak.. yang rajin memasak mak mertua Fatihah.. Tapi Fatihah sangat bersyukur kerana mak mertua Fatihah sangat baik & memahami.. ( Mudah2an sampai bila2, Amin )



Selepas setahun lebih tinggal bersama keluarga mertua.. Alhamdulillah rezeki murah.. Mr.MY dapat offer kerja tetap di KL.. itulah permulaan kami anak beranak ( waktu tu baru ada Amyra ) tinggal bersendiri & berjauhan dari ibubapa & itulah permulaan Fatihah merasa susah senang menguruskan segala hal rumahtangga...



Alhamdulillah sekarang Fatihah dah pandai memasak.. Mr.MY pun makin boroi.. ( baca komplen Mr.MY disini  "PAPA DAH BOROI" )Dan anak2 pun makin membesar ..Apa saja Mr.MY & anak2 nak makan InsyaAllah Fatihah pasti akan usaha memasak.. ( search kat internet jer, macam2 ada ).. Lebih2 lagi sekarang kami tinggal di KK.. makanan laut yang sangat murah & sayur2an yang masih segar membuatkn Fatihah makin suka nak memasak melihat sayur yang segar & makanan yang fresh.

Sekarang Fatihah dalam proses blajar membuat Kek.. Alhamdulillah menjadi & tadi ada seorang makcik nak tempah kek birthday untuk anak nya nanti.. InsyaAllah Fatihah akan usahakan...



P/S : Mari cari duit lebih diSINI!

** Gambar Kredit Google**

21 Februari 2011

Resipi KEK LUMUT

Posted by Fatihah at 2/21/2011 10:40:00 PG 5 comments
Sekarang Fatihah dalam mood yang sangat rajin nak mencuba bermacam2 jenis resipi.. Sebab tu Lately ni blog Fatihah dah macam blog resipi plak.. Hihihihi... 

Ok kali ni Fatihah nak shared salah satu kek tradisi SARAWAK.. Kalau hari raya kek ni memang 
ada..







RESIPI KEK LUMUT

BAHAN - BAHAN

1 Cawan ( mug) Tepung Gandum ( diayak )

1 Cawan ( mug ) Horlicks

3/4 Cawan Gula Halus ( blender )

250 gram Butter/Mentega

4 Biji Telur ( gred A )

1 Tin Kecil Seri kaya atau 4 Sudu Besar Seri Kaya 

1/4 Cawan Susu Pekat Manis

1 Sudu Kecil Esen Vanilla.

Perwarna Hijau secukupnya

CARA -CARA

- Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang & berkrim ( gunakan mixer kelajuan maxsima)

- Masukkan telur sebiji demi sebiji. ( gunakan mixer speed serdahana )

- Masukkan susu pekat & seri kaya.

- Masukan tepung & horlicks sedikit demi sedikit & pastikan selang seli. ** semasa proses ni, boleh sediakan pengukus & didihkan air.**

- Masukkan esen vanila & perwarna hijau. Kacau sehingga sebati.

- Griskan loyang dengan butter/mentega & taburkan sedikit tepung.. ( guna kertas minyak pun boleh )

- Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang.

- Kukus selama 2 jam 30 minit. 


SELAMAT MENCUBA

P/S: Anda mencari hadiah untuk majlis harijadi? perkahwinan? ulang tahun? Jom tengok DISINI!

20 Februari 2011

Resipi Kuih Lapis Simple

Posted by Fatihah at 2/20/2011 01:58:00 PTG 0 comments
Ok Ini percubaan pertama Fatihah buat "Kuih Lapis"ni.. Sangat simple... Fatihah memang suka buat resipi yang simple.. sebab malas nak memeningkn kepala mencari bahan-bahab. Lagipun Fatihah ni budak baru belajar.. 


** Sila abaikan lapisan kuih aku yang tak cantik.. hihihi**


RESIPI KUIH LAPIS 

BAHAH-BAHAN 

2 Cawan ( Mug) Tepung Gandum

10 Sudu Besar Gula 

400Ml Santan Cair

Sedikit Garam

CARA - CARA

- Campurkan semua sekali dalam mangkuk/mixer.

- Kacau sehingga sebati.

-Tapiskan adunan tadi ( supaya tiada adunan yang berketul2 )

- Bahagikan adunan tadi kepada 2 mangkuk yang berlainan

- Satu adunan diisi dengan perwarna pink ( Warna lain pun boleh, ikut kesukaan)

- Satu adunan tadi biarkan warna plan ( Tapi kalau nak letak warna juga pun boleh, Tapi pastikan warna lain2)

- Kemudian kukus selapis demi selapis, selang selikan warna ( satu lapisan dalm 3-5 minit )

- Selesai lapisan kuih itu, Kukus lagi dalam 30 minit atau sehingga masak.

- Sejuk baru potong.



SELAMAT MENCUBA :)

P/S: Pssstttt Mari cari duit lebih di hujung jari DISINI

17 Februari 2011

ME Top 10 Contest Bunga-Bunga Kehidupan

Posted by Fatihah at 2/17/2011 11:31:00 PG 12 comments
Ok... Walaupun baru tersenarai dalam Top 10 Contest Bunga-Bunga Kehidupan... Fatihah dah Happy... hihihi.. yer lah dari 75 perserta... dapat top 10... syukur lah kan....




Ok ini lah gambar yang Fatihah pertaruhkan.. Fatihah doakn semoga Fatihah menang... Amin... Hihihihihi


Wish Me Luck.... :)

16 Februari 2011

Baru Daftar heartbeat.my dah dapat 12sen..

Posted by Fatihah at 2/16/2011 12:35:00 PTG 0 comments



Ok Fatihah baru daftar Heartbeat.my ni... Ok lah Baru daftar dapat Heartbeat.my dapat juga 12 sen.. Jangan gelak k.. Tahulah aku ni slow sikit... org lain silap2 dah 2-3 kali cash out duit heartbeat.my ni..





Lepas ni kena lebih rajinlah promote heartbeat.my ni.. cari duit sampingan hihihihi... kalau sapa yang belum register n nak menambah duit lebih boleh sapa DAFTAR SINI




Cara nak register sangat simple.. kalau tak faham boleh tanya Fatihah k.. Walaupun Fatihah tak pandai sangat tapi bolehlah ajar sikit2..

Kalau sesiapa yang nak cari hadiah untuk perkhawinaan, ulangtahun perkahwinan, birthday dan lain boleh KLIK SINI! 

Atau Kalau nak buat gift yang ada gambar sendiri boleh cari  CARI DISINI!

Ok marilah kita  DAFTAR Sama2...


Saja jer nak share... : )



14 Februari 2011

Suamiku Jumpa Ex-Girlfriend sebelum Valentine's?

Posted by Fatihah at 2/14/2011 11:27:00 PG 6 comments
Sehari sebelum hari Valentine's My Husband Mr.MY... pergi jumpa ex-girlfriend dia...




Mereka jumpa di bus stop kat corner... her ex-girlfriend told My Husband supaya tinggalkan me & our children.. ( Huh sampai hatikan ) ... Then My Husband cakap baik2 kat ex dia tu supaya lupakan My Husband... Tapi ex dia ni still pujuk2 My Husband... & MyHusband still juga cakap yang dia tak akan tinggalkan me & our children...




Tapi ex - girlfriend, My Husband ni memang tak leh nak terima apa yang My Husband cakap... ( yerlah 6 tahun couple.. then datang Me rampas boypren dia masa tu... dan sekarang sudah sah jadi MY Husband.. hahahah jahat nya kamu.. jahat nya kamu.. )..... Then My Husband sudah hilang sabar dengan ex - girlfriend dia tu yang tak paham2 bahasa... My Husband terus tolak her ex-girlfriend.. dah her girlfriend terus terjatuh masuk dalam longkang.. dah terus MATI... My Husband lari dan terus di cari polissssssssss............ 

 Then I terasa badan I di goyang2 dengan kuat... Owhhhhh... rupa2nya semua nya hanya MIMPI ngeri My Husband.... Kesian MY Husband terus tak dapat tido lepas tuuuuuu... My Husband cakap yang dia akan jaga Me & our children....Dia tak akan tinggalkan kami... then My Husband terus peluk I kuat2 & cium our children yang masih nyenyak tido... Mmmmmmm....Apakah makna mimpi My Husband tu arrrrrrrr??? 


P/S: My Husband tido tak baca doa kot... hihihi...

12 Februari 2011

Baca Belog Pun Menangis?

Posted by Fatihah at 2/12/2011 12:25:00 PTG 0 comments


Hari tok hari sabtu.. tiba2 jak mood bebelog dalam bahasa melayu sarawak ( mun dalam bahasa iban kompom lintang pukang ejaan aku.. walaupun aku iban tulen hahaha) datang..

Hari tok lakiku x da di rumah.. nya pegi nyambut Timbalan Menteri KKLW ( YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN )... perlu ka madah? hahahahaha


Hmmm aku x tauk apa motif sebenar aku nulis entry tok.. tapi yang pasti.. masa aku masak, makan, nido anak tadi.. fikiran aku mala jak teringat penulisan sigek blog masa aku pergi ngabas blog EMAZENS tadi... Belog KemBohJa yang aku baca pagi tadi mala jak bermain2 di fikiran aku...

Mun aku teringat apa yang KemBohJa tulis dalam blog tadi.. mesti aku rasa mok nangis. ( dahlah aku tok nang congek ) Hmmm.. kenak aku mok nangis.. malas aku cerita ctok.. bagus tak org pergi jak belog KemBohJa ya.. baru ktk org tauk apa yang membuatkn aku rasa mok nangis.


Dan masa aku nulis belog tok 4 kali dah aku call lakiku Mr.MY.. aku mok pastikan yang nya selamat... : ).. I Love You Sayangku...

11 Februari 2011

Resipi Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus

Posted by Fatihah at 2/11/2011 11:42:00 PG 2 comments
Ini percubaan yang ke-2 Fatihah buat kek ni.. Nama kek ni pun Fatihah dah konpius.. ada yang cakap Kek sarang semut.. Adajuga yang cakap Kek gula hangus... hihihi tak kisah lah yang penting Fatihah berjaya buat kek ni...


Ok di sini Fatihah nak kongsi resipi ni dengan kamu semua...


- Kek Sarang Semut / Kek Gula Hangus -




Bahah- Bahan

1 Cawan Tepung Gandum.

10 Sudu Besar Gula Pasir. ( kalau tak nak manis boleh kurangkn)

4 Biji Telur.

1 Cawan Air. ( atau boleh dikurangkan mengikut kepekatan gula yand dimasak)

1/2 Tin Susu Pekat Manis.

11/2 Sudu Makan Butter / majerin

1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat.

Sedikit Esen Rose ( tak ada pun tak apa )

Cara - Cara 

- Panaskan gula & kacau sehingga keperang-perangan/ hangus.. kemudian perlahankn api, masukkn sedikit demi sedikit air & masukan butter/ majerin masak sehingga mendidih dan biarkan sejuk.

- Dalam bekas yang lain, pecahkan telur & pukul sehingga kembang ( dalam 10 minit )

- Masukkan susu , diikuti dengan tepung & soda bikarbonat, pukul sehigga sebati.

- Kemudian barulah masukan gula yang dihanguskan tadi.

- Pukul sehingga rata.

- Masukkan sedikit esen rose ( kacau )

- Perap aduan 3 - 4 jam ( bertutup ) supaya bila kek masak nampak berlubang-lubang & cantik.

- Kukus selama 11/4 jam atau sehingga masak.

Selamat Mencuba... : )


10 Februari 2011

Main Switch Rumahku Terbakar.

Posted by Fatihah at 2/10/2011 04:07:00 PTG 0 comments
Kejadian ni berlaku semalam... Terbakar sikit jer... itu pun My Amyra yang perasan.. Mula2 dalam kul 4 petang cam tu lah  Amyra beritahu Fatihah yang Main switch tu berlubang.. tapi Fatihah buat tak tahu jer.. Then fatihah jawab biarlah berlubang.. Fatihah ingat Amyra main2 jer...


Then dalam kul 7 malam macam tu.. lepas kami sekeluarga makan.. My Amyra ckap lagi... ""Mama kenak suis ya belubang macam ada api."..  fuhh apa lagi terus Mr.MY terus tutup Main Switch yang sudah ada bara api itu.. 


Jadi semalam kami tidur dalam kegelapan & kepanasan dek kerana takut nak On Main Switch tu...


Tadi dah report pergi managment.. then dia org g cek dan repair Main Switch tu...



Ini wayar yang terbakar.. Menurut budak yang repair ni.. punca Main Switch ni terbakar kerana wayar warna hitam longgar..


Bahagian yang berlubang tu lah yang  My Amyra perasaan ada bara api..

Fuhh nasib baik My Amyra perasaan awal... kalau tak.. tak tahu apa nak jadi.. rasa menyesal plak sebab tak ambil berat apa yang Amyra cakap.. 


Syukur Alhamdulillah ... tak ada apa yang tak baik jadi...

01 Februari 2011

Resipi Nasi lemak Simple

Posted by Fatihah at 2/01/2011 01:53:00 PTG 1 comments
Ini sarapan kami sekeluarga sabtu lepas.. Nasi lemak simple cara Fatihah k.. ok Entry kali ni Fatihah kongsi resipi Nasi lemak Simple ni..






Bahan2 Untuk Nasi

2 Cawan Beras ( makan untuk 4 org )

Santan 200ml ( kalau nak rasa nasi lebih lemak boleh tambah banyak santan)

Air ( untuk masak nasi seperti biasa )
4-5 Hiris Halia

Garam secubit ( atau ikut kesukaan.. kalau nak masin boleh tambah sikit)

Bahan - bahan untuk sambal

6-8 sudu cili giling ( kalau suka pedas boleh letak banyak)

1 biji bawang besar ( dihiris )
5 ulas bawang merah ( ditumbuk )

3 ulas bawang putih ( ditumbuk )

Segenggam Ikan bilis ( dibasuh dah separuh di tumbuk )

Sedikit air asam jawa

Sedikit Belacan

Garam & gula

Cara Memasak:

Campur kan semua bahan2 untuk nasi dan masak seperti nasi biasa

Tumis bawang besar,bawang merah,bawang putih dan ikan bilis,cili giling & belacan yang di tumbuk hingga sedikit garing atau pecah minyak.

Kemudian masukkn air asam jawa dan ikan bilis separuh lagi tadi.

Masukkan sedikit garam & gula.. masa sehingga sedikit pekat.

Bahan2 tambahan: 

Timun, Ikan Bilis Goreng, Kacang Goreng & Telur rebus.

Ok simple kan.. tapi dalam gambar terlupa letak Timun... 

SELAMAT MENCUBA : )


P/S: Suami siap request masak nasi lemak lagi untuk sarapan hari Ahad plak.. : ) : )
 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez