12 November 2011

Here Without You.. Rindu!!

Posted by Fatihah at 11/12/2011 08:50:00 PTG 3 comments Links to this post
Assalamualaikum semua.

Rindu.. Yer sangat rindu pada "SOMEONE"... Someone yang sangat Fatihah sayangi & cintai... SIAPA???? Hihihii... Siapa lagi kalau bukan Suami Fatihah lah.. Papa kepada anak2 kami Amyra,Mikail & Hannah..


Suami Fatihah pergi outstation untuk 1 minggu.. lama kan... ke kejap jerr??? Actually Fatihah tak biasa berjauhan dengan suami.. kerana kami selalu bersama2 kemana saja kami pergi.. Boleh dikatakan tiap2 jam Suami atau Fatihah sendiri akan call...Walaupun berjauhan tapi suami tetap dekat di hati dan sentiasa berada dalam fikiran Fatihah.... I MISS HIM ALREADY....

Mama doakan semoga Papa sentiasa selamat dalam menjalankan segala tugas yang halal & selamat sampai kerumah dalam lindungi Allah S.W.T.. Amin Amin Amin... ** Doa seorang Isteri yang sangat merindui si suami :) ***


       

08 November 2011

Karenaku Cinta Kau.

Posted by Fatihah at 11/08/2011 01:37:00 PTG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua.


Suka sangat lagu ni....


Nak dedicated lagu ni khas untuk suamiku sayang I Love You Sayangku



 Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau

Jika ada yang bilang ku tak baik
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku berubah
Jangan kau dengar

Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Reff:
Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau

Jika kau tak percaya pada ku
Sakitnya aku
Jika kau lebih dengar mereka
Sedih hatiku
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Kau

Back to Reff:

Saat kau ingat aku ku ingat kau
Saat kau rindu aku juga rasa
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Kau tahu ku juga ingin denganmu
Ku tahu kau slalu ingin denganku
Ku lakukan yang terbaik yang bisa ku lakukan
Tuhan yang tahu ku cinta kau



       

25 Oktober 2011

Blog blog belog

Posted by Fatihah at 10/25/2011 03:13:00 PTG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..



Ya. Agak lama blog ni tidak diupdates.. Kenapa??? Jawapannya senang jer.. M.A.L.A.S.. Kalau nak kata tiada idea.. tipulah.. Actually hari2 ada idea nak updates blog.. Macam2 cerita nak di kongikan bersama.. tapi apakan daya.. Bila Mood M.A.L.A.S datang.. jadi semua tak jadi.. hihihii


Tadi pun masa nak buka blog.. boleh lupak password plak.. hihihi.. nampak sangat dah lama tak buka blog.... Ok, Insyaallah pasni nak aktif balik bebelog ni.. Ok.. nak main games SIMS ni... Bye.. kita jumpa di lain entry...


P/S: Jom main games sims.. add jadi jiran yer.. hihihiii



       

22 Julai 2011

Jumaat

Posted by Fatihah at 7/22/2011 12:27:00 PTG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua.


 Dipenghulu segala hari ni...Semoga kita semua diberkati & dirahmati ALLAH S.W.T.. Semoga apa yang kita lakukan berjalan dengan lancar & di murahkan rezeki dengan izin dari NYA... Amin

 

24 Jun 2011

Suatu Ketika, Zaman TadikaKu.

Posted by Fatihah at 6/24/2011 10:21:00 PG 4 comments Links to this post
Assalamualaikum semua.
 Taraaa.. inilah gambar Fatihah semasa Zaman tadika dulu2... cuba teka mana satu Fatihah? hihihihi.. OK gambar ni kebetulan Fatihah ternampak dalam 1 page " Budak Lanang Kem, Sibu" di laman sosial FB.. Gambar ni di upload saudara Nasari Yaman Tq bro.. :)..  Actually dalam gambar ni seorang pun Fatihah tak ingat.. sebab Fatihah darjah 2 dah pindah ikut datuk Fatihah ( Datuk fatihah bekas polis ).. Bro Nasari Yaman ni pun Fatihah baru tahu 1 kelas dengan Fatihah masa tadika dulu...



Ok yang ni gambar yang ada dalam simpanan Fatihah... sama kan.. Hihihi.. jejak kasih lah ni.. hahahahaha.. kenang yang paling Fatihah ingat dan tak boleh nak lupa masa tadika dulu ialah.. apabila Fatihah selalu tertukar bekas air dengan seorang budak lelaki ni ( sampai sekarang Fatihah tak ingat mana 1 budak itu dalam gambar ni ).. Bekas air kami sama jenis, bentuk.. memang sebijiklah sama..  tapi yang bezanya.. air yang kami bawa.. seorang bawak milo susu & seorang lagi air lain ( lupa dah ).. Dan setiap kali tertukar bekas air tu mesti mak budak lelaki tu pergi hantar rumah Fatihah... Hihihihi.. Ya Allah rindu nyerr saat itu...

Ok kat bawah ni ada 2 keping gambar kenangan fatihah masa kecil dulu semasa masih tinggal di Lanang kem, Sibu...


2 budak comel kat belakang tu.. Fatihah & kakak Fatihah.. 2 budak comel kat depan tu... errr... sorry langsung fatihah tak ingat.... :(


Ok yang ni plak gambar Fatihah & kakak Fatihah... hihihi.. Zaman kanak-kanak memang best kan... 

TQ  Facebook... & Nasari Yaman..

P/S: BLOG NI MASIH DALAM PROSES NAK TUKAR NEW TEMPLATE.. MAAF  JIKA SULIT UNTUK MEMBACA TULISAN DI SETIAP ENTRY DALAM BLOG INI.. :)




21 Jun 2011

Mood Bermain Flash Games.

Posted by Fatihah at 6/21/2011 09:19:00 PG 2 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..

Mmmm,, ( mengeluh dulu).. hihihhi.. OK.. lately ni Fatihah agak malas nak updates blog... Entahlah kenapa..???

Kalau nak ikutkan banyak benda yang nak diceritakan... Tp kalau dah menatap lappy ni mesti jari jemari ni terus klik link flash games... 

 Antara permainan flash kegemaran aku..

Inikan yang dikatakan "mood ke laut?"... betul ker? Hmmm whateverrrrr.. lah kan... Ok sapa2 yang kat luar sana yang tengah bosan.. bolehlah layan Flash Games ni... Fatihah dah ketagihah main Flash games ini... hihihiii macam budak2 kan.. tapi sebenarnya dah jadi mak budak pun.... hahahahahah.... Jom kita layan ramai2.. 




08 Jun 2011

Hari Istimewa Kami

Posted by Fatihah at 6/08/2011 12:42:00 PTG 4 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..



Ya.. hari ini memang hari yang sangat istimewa untuk Fatihah & Suami.. Hari dimana kami sah di ijab kabulkan sebagai sepasang suami isteri... 


Tak tahu nak cakap apa.. yang penting selama bergelar isteri kepada Mustaffa Yasin.. Fatihah amat bahagia & gembira.. Amat bersyukur mendapat suami seperti yang Fatihah miliki sekarang.. Dah alhamdulilah selama kami hidup bersama kami di anugerakan 3 cahaya mata yang comel2.. 




Hmmmmmm memang sangat bersyukurlah kepada Allah.. betul2 tak tahu nak type apa... memang sangat bersyukurlah dengan kurniaan Allah ni.


Untuk suamiku.. I Love You.. Terima kasih untuk semuanya.. sangat bersyukur memilikki kamu.. Semoga jodoh & hubungan suci kita diberkati & dipanjangkan dunia akhirat AMIN AMIN.. Jom baca doa...

DOA AGAR SUAMI ISTERI SALING MENGASIHI
اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

07 Jun 2011

Seronok Jadi Cikgu.

Posted by Fatihah at 6/07/2011 11:07:00 PG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..

Akhir-akhir ini Fatihah sangat sibuk sampaikan nak updates blog tak ada masa & idea... Ok sekarang ni Fatihah dah menjadi Cikgu.. Cikgu tanpa gaji.. Yup tanpa gaji.. sebab Fatihah menjadi cikgu di rumah untuk anak2 Fatihah..

Sumber Gambar Dari Google


Menguji kesabaran betul mengajar anak2 ni.. Kena betul2 sabar.. walaupun kadang2 tu naik juga "temperature".. Susah juga jadi cikgu ni yerrr... Kena betul2 sabar...  Sekarang Fatihah lebih fokus mengajar anak sulung Fatihah Amyra... sebab tahun depan dia dah nak masuk sekolah.


Fatihah mengajar yang simple jer seperti


Membaca,menulis & mengenal ABJAD


Membaca,menulis & mengenal NOMBOR

Membaca,mengenal dan menulis JAWI.

Untuk insan yang memilik/memilih kerjaya sebagai seorang "CIKGU"  Fatihah memang respect lah...

31 Mei 2011

Selamat Hari Gawai.

Posted by Fatihah at 5/31/2011 08:00:00 PTG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..


Fatihah nak wish "SELAMAT HARI GAWAI,GAYU GURU GERAI NYAMAI NGUAN MENUA" kepada family Fatihah di Roban, Saratok, Sibu & Sarikei...


Tahun ni Fatihah dan keluarga tak balik Gawai... So rasa sedih tu adalah sikit.. tapi tak apalah bukannya selalu pun kan???


Ok untuk Family Fatihah di Tr.Roselind lema, Roban.. "jangan lupa upload gambar gawai nanti k" :)

       
.

14 Mei 2011

Broadband Hilang

Posted by Fatihah at 5/14/2011 08:10:00 PTG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..



Huuh BROADBAND hilang... jadi blog ni akan bersawang untuk beberapa hari atau minggu sebelum mendapatkan line internet yang baru...

Ni pun curi2 masa pergi cc jap...


04 Mei 2011

Seseorang Yang Amat Menyintai Kamu.

Posted by Fatihah at 5/04/2011 05:01:00 PTG 1 comments Links to this post


Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan memberikan alasan mengapa dia mencintai kamu. Dia hanya tau, di mata dia, kamulah satu satunya.

Seseorang yang mencintai kamu, sebenarnya selalu membuatmu marah / gila / sakit hati/ merajuk/stres. Tapi ia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah dia lakukan, kerana semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikanmu.

Seseorang yang mencintai kamu, jarang memuji kamu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik, hanya dia yang tahu. 

Seseorang yang mencintai kamu, akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya mesej atau panggilannya, kerana dia risaukan kamu dan dia tidak ingin sesuatu terjadi kepada kamu.

Seseorang yang mencintai kamu, hanya menjatuhkan air matanya di hadapanmu. Ketika kamu mencuba untuk menghapus air matanya, kamu telah menyentuh hatinya, dimana hatinya selalu berdegup / berdenyut / bergetar untuk kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan, bahkan yang tidak sengaja dan Dia akan selalu menggunakan kata-kata itu tepat waktunya.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak akan menabur janji dengan mudah, kerana dia tidak mahu mengingkari janjinya. Dia ingin kamu untuk mempercayainya dan dia ingin memberikan kehidup yang paling bahagia dan aman selama lamanya dia sudah merancang semuanya untuk kamu.
Seseorang yang mencintai kamu, selalu memberitahu kamu untuk tidak berfikir terlalu banyak, kerana. Dia ingin memberikan kehidupan yang terbaik di masa akan datang. Dia ingin memberikan kamu suatu kejutan, percayalah dia dapat melakukannya.
Seseorang yang mencintai kamu, tahun kamu, tapi mungkin tidak boleh mengingat kejadian / peristiwa / kenangan terindah , seperti hari ulang dia tahu bahwa setiap detik yang dia lalui, dia sangat mencintai kamu, tidak kisah hari apakah hari ini.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak mau berkata Aku mencintaimu dengan mudah, kerana segalanya yang dia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahwa dia sedia mencintaimu, tetapi hanya dia yang akan mengatakan kata I LOVE YOU”  pada situasi yang special, kerana dia tidak mau kamu salah faham, dia mahu kamu mengetahui bahwa dia sangat mencintai dirimu.
Seseorang yang mencintai kamu, tidak tahu apakah dia harus mennelefon kamu ketika kamu marah, tetapi dia akan mengirimkan pesan mesej setelah beberapa jam/minit. Jika kamu menanyakan: mengapa dia lambatmenelefon, Dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dari dirinya semua hanyalah sampah. Tetapi, ketika kamu sudah tenang, penjelasannya baru akan benar-benar berguna.
Seseorang yang mencintaimu, selalu menganggap kamu seorang “ gadis kecil/insan kerdil “, tetapi sewaktu dia ingin membuat keputusan besar, dialah orang pertama yang ingin mendengar saranan dari kamu.
Seseorang yang mencintaimu, akan selalu menyimpan semua benda yang telah kamu berikan, bahkan kertas kecil bertuliskan ‘ I LOVE YOU‘ ada di dalam dompetnya.
Seseorang yang mencintaimu, saat bertengkar, dia akan meminta maaf dengan tak terkontrol (secara terus menerus) meskipun kamu yang bersalah dan nantinya dia akan mengirimkan pesan mesej kepadamu : “Sayang, sebenarnya itu adalah kesalahan kamu dan kamu sendiri sudah mengetahuinya”.
Seseorang yang mencintaimu, jarang mengatakan kata-kata manis. Tapi kamu tahu, ‘kecupannya’ sudah mengatakan segalanya.


Mustaffa Yasin.. I LOVE YOU..

03 Mei 2011

Selamat Hari Jadi Sayangku

Posted by Fatihah at 5/03/2011 09:58:00 PG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..

Hari ini 3 May Birthday orang yang paling Fatihah sayang & cinta.. Fatihah tak dapat imagine hidup tanpa "Dia".. "Dia" lah Cinta, Kasih & Sayang Fatihah.. dan "Dia"lah bestfriend kini & selamanya..


Mencintai "Dia" adalah perkara yang terindah pernah terjadi dalam kehidupan Fatihah.. Apatah lagi memiliki "Dia" sebagai "SUAMI"... Terima kasih Allah kerana kurnia mu.. kini kami ada 3 cahaya mata AMYRA, MIKAIL & HANNAH..Dan terima kasih juga kerana menjaga Fatihah & anak -anak kita dalam banyak perkara.. Terima Kasih Sayang... I'M A LUCKY WOMAN TO HAVE "YOU" BY MY SIDE!


 

Ok jom nyanyi dengan Fatihah & Anak-anak..


HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
HAPPY BIRTHDAY TO PAPA,
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

Suamiku semoga ceria selalu, sentiasa diberkati & dirahmati Allah.. & mama doakan juga semoga papa menjadi orang yang berjaya. Amin. Jangan cepat putus asa k...

Pesanan khas anak2 untuk papa...

"PAPA BELANJA MAKAN KEPSI" dari AMYRA ,MIKAIL & HANNAH.


29 April 2011

Setuju tak?

Posted by Fatihah at 4/29/2011 09:50:00 PG 2 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..

Setuju tak dengan Statment di bawah ni??? Fatihah tak tahu nak  setuju atau tak.. tapi ini pandangan masing2 ok..


Korang dah baca komen kat atas tu??? Komen ni di ditulis dalam shotbox Fatihah.. Pengomen ni tanpa nama.. entah kenapa dia tak bagi nama dan link blog dia.. kalau dia bagi bolehlah melawat.. hihihi..



Fatihah rasakan.. org ni komen tentang entry Fatihah semalamlah... ( HIKMAH BERJAUHAN ).. Kat entry tu Fatihah ada cerita  lepas kami suami isteri berjauhan selamat 2 minggu.. Suami Fatihah makin romantik.. 



Tapi tak kisahlah orang tu nak komen apa.. yang penting Fatihah tahu siapa Suami Fatihah.. Tapi kalau benda tu nak jadi juga ( Minta dijauhkan lah ).. Fatihah redha dengan qada & qadar & redha dengan ketentuanaya...

28 April 2011

Hikmah Berjauhan

Posted by Fatihah at 4/28/2011 02:10:00 PTG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..

Di Entry lepas2 Fatihah ada menceritakan tentang Suami Fatihah pergi outstation selama 2 minggu +++ kan.. Tapi sekarang Suami Fatihah dah sampai di rumah..

Fatihah cuma nak ceritakan Hikmah kami berjauhan sementara hari tu.. 2 minggu tu Fatihah lalui dengan penuh rasa sabar... Fatihah tak pernah berjauhan lama2 dengan suami Fatihah..


 

Lepas kami berjauhan selama 2 minggu itu... Ada beberapa perubahan yang Fatihah rasakan.. Fatihah rasakan yang hubungan kami makin rapat & intim... Cinta & Kasih Sayang kami anak beranak pun makin bertambah2 dan berbunga-bunga cinta...




Rasa rindu masih menebal di hati Fatihah.. terasa sentiasa ingin berada di samping suami tapi nak buat macam mana kan... pagi suami pergi kerja... malam baru dia ada.. tapi kalau dah malam.. mesti nak tidokan.. jadi kira macam tiada masa yang berharga untuk bersama.. tapi saat hujung minggu saat yang amat di nantikan... saat untuk kami anak beranak2 bergelak ketawa di persisiran pantai...


Sejak kami berjauhan Fatihah perasaan yang suami Fatihah sekrang dah pandai nak ber'sms' & call Fatihah dengan ayat-ayat....Rindu,Cinta & Kasih terhadap Fatihah... Walaupun baru keluar dari rumah...Fuhh terasa dunia ini Fatihah yang punya.. hahahaha..



Inilah hikmahnya selepas kami berjauhan selama 2 minggu+++... Rindu kami suami isteri meluap-luap.. dan pastinya hati kami tak keruan dibuatnya kerana rasa rindu cinta kasih dan sayang yang membrontak dalam hati kami... 


Best juga berjauhan sekali sekalakan??????  Macam2 kita rasa & tempuhi... Tapi jika ditanya sama ada Fatihah nak berjauhan lama2 dengan suami lagi..... Jawab Fatihah "TIDAK" Fatihah tak mahu berjauhan lama2 dengan suami lagi.. sakit sangat rasa nya.. 

p/s: Kalau suami Fatihah baca entry ni mesti dalam hati dia cakap " kenapa isteri aku jiwang hari ni" hahahahha...

26 April 2011

Perubahan Positif

Posted by Fatihah at 4/26/2011 05:34:00 PTG 0 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..

Sudah lama tak ber"blog" bukan kerana malas atau taj ada masa... tapi Fatihah nak mengurangkan masa Fatihah menatap laptop ni sambil melayan Blog & Facebook yang memang melalaikan Fatihah selama ini...




Mula2 memanglah susah nak menjauhkan diri dari benda alah ni.. Tapi sejak Fatihah ada aktiviti lain yang lebih berfaedah & baik untuk Fatihah jadi... dalam 2-3 hari barulah Fatihah akan menatap laptop ni untuk melayan Blog, Emel & Facebook.. Fuhh memang satu perubahan yang positif untuk Fatihah.. Mudah2an berkekalan... 

18 April 2011

Cerita Tentang Mukah!

Posted by Fatihah at 4/18/2011 01:47:00 PTG 6 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..

Lama dah tak beblog... Masuk 3 minggu dah cuti dari blog..


Selama 3 minggu lepas laptop ni Mr.MY bawa outstation pergi Mukah, Sarawak.. Jadi Fatihah tak dapat nak online di rumah lah.. dan masa 3 minggu tulah Fatihah kerinduan kerana Cinta Hati Fatihah di Mukah,Sarawak... Fatihah dan anak2 plak di Kota Kinabalu.. tapi saat2 merindu tu dah abis kerana Mr.My dah sampai rumah dengan selamat nya pda 16/april.



Sepanjang 3 minggu Mr.My di mukah macam2 cerita tentang mukah Fatihah dengar.. yerlah walaupun Fatihah & suami orang sarawak tapi tak pernah pun pergi Mukah.. Tapi Mr.My bertuah sangat2 kerana berpeluang pergi Mukah.. Bukan Mukah sahaja tapi bahagian / daerah di Mukah semua Mr.My dan team kerja nya lawat...


Untuk cerita & gambar menarik tentang Mukah, Daro. Pulau Bruit dan banyak lagi.. silalah ke blog suami Fatihah



Eh.. dah macam promosi blog plak kan... hihihihi.. saja je nak kongsi pengalaman suami Fatihah di MUKAH..

14 April 2011

Happy Birthday Baby HANNAH!

Posted by Fatihah at 4/14/2011 12:05:00 PG 1 comments Links to this post
Assalamualaikum semua..



Hari ni Birthday HANNAH yang pertama.. Baby Hannah dah 1 Tahun.. Jom nyanyi lagu Birthday untuk Baby Hannah...

HAPPY BIRHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO HANNAH.. 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..

Tapi Fatihah tak celebrate birthday hannah kerana papa masih outstation di Sarawak.. mungkin 2 3 hari ni  17 atau 18  baru papa sampai d rumah dengan selamat. AMIN..


Jadi mungkin Fatihah akan celebrate Birthday Hannah sama dengan Abang nya Mikail yang lahir 19 April ni.. tak jauh kan jarak.. kira jimat lah..



Sedih jugalah 1st Birthday Hannah tak dapat nak celebrate.. tapi tak kisahlah sebab masa Hannah baru lahir dulu Papa orang pertama yang menyambut kedatangan Hannah ke Dunia yang indah ini..


Neway untuk Hannah ... Mama doakan semoga Hannah jadi anak yang baik, solehah, pandai, pintar, baik hati, bertanggungjawab, hormat orang tua & sentiasa ingat kepada Allah & Mama, Papa, Amyra & Mikail.

Untuk PAPA... MAMA, AMYRA, MIKAIL & HANNAH RINDU PAPA... x sabar tunggu papa datang rumah...


Klik sini kalau nak bagi Hannah hadiah birthday.. : )



p/s: Ini Auto post...

31 Mac 2011

Bulan Kelahiran Putera & Puteri Kami

Posted by Fatihah at 3/31/2011 02:52:00 PG 1 comments Links to this post
Header & warna blogFatihah sudah berubah.. Berubah kerana bulan April ni lah Fatihah telah melahirkan 2 orang anak.. Opss buak twin tau.. ( walaupun sangat berharap dapat anak twin ) hihihii... Ke-2 2 anak Fatihah ni lahir bulan April tapi tak sama tahun.. Jarak setahun seorang..


Masih Fatihah ingat saat Fatihah masuk labour room.. Sungguh mendebarkan detik itu.. segala kesakitan ketika ingin melahirkan terbalas apabila mendengar suara bayi menangis & melihat senyuman di muka Suami yang menemai Fatihah ketika waktu bersalin..


Tapi itu cerita 1-2 tahun lepas.. sekarang HANNAH & MIKAIL sudah membesar dan akan menyambut ulang tahun kelahiran tak lama lagi.. Manakala kakak mereka Amyra plak akan menyambut ulag tahun kelahiran bulan Ogos nanti..

MUHAMAD NACQRIS MIKAIL itulah nama hero keluarga Fatihah dan merupakan anak ke-2 dalam keluarga kami akan berusia 2 tahun pada 19 April.. Manakala anak perempuan comel kami ke-3 adalah NACQRISMA HANNAH yang akan berusia 1 tahun pada 14 April.. Sungguh sekejap masa berlalu.. Tak sedar anak2 sudah membesar dengan cepat.. Semoga Anak2 kami menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.. Amin.

Psstt: Header blog & animasi kelip2 ni Fatihah ambil dari blog suami Fatihah.. kalau korang pun berminat nak buat animasi kelip2 seperti di atas boleh dapatkan dengan harga serendah rm10 sahaja. First come first serve basis. Tinggalkan pesanan di ruangan komen jika berminat.

30 Mac 2011

Menghitung Hari.

Posted by Fatihah at 3/30/2011 05:51:00 PTG 2 comments Links to this post
Bermulanya esok Fatihah akan menghitung hari menunggu kedatangan suami kesayangan Fatihah.. Suami Fatihah terpaksa pergi outstation selama 2 minggu ke SARAWAK sampai habis pilihanraya.. Jadi mungkin 17-18 April baru sampai rumah..



Sungguh lama rasanya kalau melihat kalendar... Tadi masa suami telefon dan memberitahu dia akan ke SARAWAK esok.. secara automatik Fatihah terus rasa nak menangis... rasa rindu dan tak ada mood.. Yelah paling lama suami Fatihah pernah pergi outstation selama ini pun 5 hari jer.. Jadi Fatihah memang tak biasa ditinggalkan lama2.. Anak2 pun sama.. pasti akan menanya mana papa & akan merindui papa.. 

Kami anak beranak pernah plan nak ikut sekali balik sarawak.. yerlah dapat balik kampung.. Tapi bila di fikir balik & ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan.. Kami pun batalkan lah nak join sekali.. Sedih tol.. 



Nampaknya rutin harian kami anak beranak selama 2 minggu ketiadaan papa ni akan berubah.. Semua kerja papa... menghantar anak2 pergi temujanji ke klinik, membawa anak2 ke pantai & membawa anak jalan2 Fatihah akan take over selama 2 minggu ni... Kira jadi "SUPERMOM" lah.. hihihi.... Fuhhh... itu Fatihah tak kisah tapi macam tak best jer kalau tiada papa join sekali.. mesti "mama" yang terover rindu2 & nanges2 ingat papa.. Tadi pun dah nak nanges2...hihihiii



Sekarang Fatihah tengah set dalam fikiran Fatihah yang 2 minggu tu tak lama sekejap aja... Kalaulah Fatihah ada Magic.. Esok Lusa dah 17-18 April supaya tak terasalah papa lama di sana... 

Apa2 pun Fatihah doakan semoga Suami Fatihah selamat pergi dah selamat balik... Amin.. Untuk Papa.. Papa jaga diri baik2 k..
 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez