25 April 2010

Cerita Anak - Anakku & Kelahiran Baby Baru.

Posted by Fatihah at 4/25/2010 10:10:00 PG 9 comments
Pada 14 APRIL 2010.. Tepat pukul 1.00 petang Fatihah telah selamat melahirkan seorang puteri comel seberat 3.2KG.. Pengalaman bersalin kali ini agak menarik dari pengalaman bersalin anak pertama & kedua.. kerana kali ni suami Fatihah ada di sisi Fatihah untuk bersama Fatihah & buat pertama kali nya melihat kelahiran baby kami.. Walaupun pada mula nya suami Fatihah agak takut tapi.. perasaan takut bertukar menjadi excited apabila mendengar tangisan baby kami buat pertama kali nya..

NACQRISMA HANNAH

Pada 19 April 2010.. Genap Setahun umur anakku yang kedua. Jarak mikail dan adik nya memang tak sampai setahun.. bezanya cuma 5hari. Nasib baik tak sama tahun.. Kesian juga melihat mikail yang masih nak bermanja2 tapi dah ada adik...

MUHAMAD NACQRIS MIKAIL


Sebenarnya Fatihah & suami memang tak buat family planing untuk kelahiran anak yang ke3..Sebab tu jarak Mikail & Hannah rapat.. kami memang sengaja kerana anak kami yang pertama Amyra sampai sekarang tak pandai bergaul dengan budak2 lain.. Amyra di rumah saja.. Fatihah & suami lah kawan Amyra.. Apabila mendengar budak2 lain bermain di luar.. Amyra hanya mampu melihat dari tingkap saja.. kesian kan.. Sampaikan kadang2 Fatihah nak menangis melihat Amyra yang kesunyian tak ada kawan...tak apalah anakku Amyra.. Sekarang Amyra dah ada 2 orang adik.. dah ada kawan..

NACQRISMA MIA AMYRA.


P/S: Sekarang Fatihah tengah berpantang... ; )



23 April 2010

TIPS MEMILIH BEDAK MUKA

Posted by Fatihah at 4/23/2010 12:47:00 PTG 4 comments
Bedak adalah sahabat sejati wanita. Tetapi, tidak semua jenis bedak sesuai untuk setiap jenis kulit. Kenali jenis-jenis bedak serta tips pemakaiannya.

Loose Powder
Dikenal sebagai bedak tabur, dalam bentuk serbuk yang halus. Dikenakan setelah memakai foundation.
Kelebihan : Mudah menyerap minyak diwajah dan menutupi pori-pori wajah dengan lebih sempurna.
Kekurangan : Mudah tumpah, kurang praktik. Maksima penggunaan dua tahun.


Compact Powder
Bentuknya sangat padat, digunakan setelah pemakaian foundation.
Kelebihan : Cepat menyerap sekaligus mengurangi minyak. Tidak mudah tumpah dan praktikal dibawa kemana-mana.
Kekurangan : Bila disapu berulang-ulang akan membuat wajah kelihatan seperti memakai topeng. Sebaiknya disapu nipis sahaja. Boleh dipakai hingga 15 bulan.


Shimmering Powder
Berbentuk serbuk, berwarna, dan berglitter. Digunakan sebagai sentuhan akhir selesai bersolek. Bedak jenis ini boleh disapu di leher atau lengan sekiranya anda memakai pakaian singkat.
Kelebihan : Wajah dan tubuh nampak berkilau dan bercahaya. Tersedia dalam aneka warna, dapat disesuaikan dengan tema solekan.
Kekurangan : Hanya boleh dipakai pada acara-acara khusus. Penggunaan maksima 15 bulan.


Meteorite Powder
Bentuknya bulat kecil berwarna-warni. Digunakan setelah bermake-up sebagai sentuhan akhir. Jarang digunakan kerana agak mahal dan sukar didapati.
Kelebihan : Wajah kelihatan lebih bercahaya dan segar.
Kekurangan : Harganya sangat mahal kerana belum banyak pengeluar yang mengeluarkan produk seperti ini.


Two Way Cake Powder
Bentuknya mirip compact powder, tapi memiliki fungsi berganda, iaitu sebagai bedak sekaligus foundation. Digunakan setelah memakai pelembab dengan memakai span kering jika ingin digunakan sebagai bedak, dan digunakan memakai span basah jika ingin digunakan sebagai foundation.
Kelebihan : Sangat praktikal kerana berfungsi sebagai alas bedak, menutup dan menyerap minyak.
Kekurangan : Warna-warnanya sangat terbatas. Masa pemakaian 1 tahun.

TIPS MEMILIH FOUNDATION

Posted by Fatihah at 4/23/2010 12:36:00 PTG 1 comments
Perbezaan jenis kulit wajah merupakan faktor penting dalam menentukan foundation yang sesuai digunakan. Terdapat beberapa jenis foundation yang memiliki manfaat berbeza mengikut jenis kulit wajah masing-masing.


Liquid Foundation
Merupakan jenis foundation yang sangat popular kerana berbentuk cecair yang mana mudah disapu pada wajah. Ianya sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai kulit wajah berminyak ataupun kering. Water-based sesuai untuk kulit wajah berminyak dan Oil-Based untuk kulit wajah kering.


Powder Foundation
Untuk mendapatkan kesan wajah natural, memakai powder foundation merupakan pilihan yang tepat sebagai make up asas anda. Biasanya powder foundation dipakai bagi wanita yang tidak ingin memakai make up terlalu berat. Tidak seperti liquid foundation atau cream foundation, powder foundation tidak mengandungi lebih pelembap (extra moisturizer) sehingga sesuai untuk jenis wajah berminyak, tetapi tidak disarankan untuk jenis wajah yang kering.


Cream Foundation
Jika anda ingin menghadiri sebuah majlis atau event penting yang memerlukan waktu cukup panjang, cream foundation sangat sesuai dipakai sebagai make up basic anda. Teksturnya yang lebih padat dibanding jenis foundation lain, mampu menutupi noda hitam, jerawat dan masalah lain di wajah. Biasanya cream foundation ini tersedia dalam bentuk padat, stick atau tube. Cream foundation sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kecuali jenis kulit berminyak.

11 April 2010

Hadiah BABY WITH CUTE MOM by Mama-Aqish

Posted by Fatihah at 4/11/2010 02:50:00 PTG 0 comments
Entry khas kali ini untuk Hadiah BABY WITH CUTE MOM dari Mama-Aqish.. Fatihah & Mikail dapat saguhati.

Hadiah sampai jumaat lepas.. 9 April 2010

Hadiah dari Mama - Aqish ini memang comel sangat.. Sampai suami Fatihah sendiri tak sabar nak buat Entry baru kat BLOG dia.. Jadi memandangkan Fatihah tak ada masa nak update blog jadi fatihah biarkan suami Fatihah yang buat Entry mikail & hadiah dari Mama-Aqish ni..

Dan untuk menjimatkan masa Fatihah copy & paste jer gambar dari BLOG SUAMI Fatihah..

Nak tahu hadiah yang comel tu.... Tengok kat bawah...
.
.
.
.
.
.
Inilah dia Hadiah tu... Comel kan baju tu...


Mikail ni baru pandai bejalan..


Mikail tak suka apabila di suruh pose duduk kat rumput..



Pose atas Tilam.. Sambil gigit cover lens camera papa


Mikail & kakak nya Amyra



Untuk Mama-Aqish..
Terima kasih untuk Hadiah yang comel tu..
Lain kali kalau ada contest lagi dari Mama-Aqish..
Fatihah nak join.. hadiah memang "COMEL"
I Like.. : )

08 April 2010

Menunggu Kelahiran Baby Baru.

Posted by Fatihah at 4/08/2010 01:30:00 PG 8 comments



Sekarang dah masuk 39 minggu Fatihah mengandung.


Tinggal seminggu lagi nak due
14 April 2010..


Tak Sabar rasanya menunggu

Kelahiran baby baru...

Lepas ni mesti suami Fatihah
Bersengkang mata menolong Fatihah
bergilir-gilir menjaga
Amyra,Mikail
dan paling utama
Baby baru kami yang bakal lahir
tak lama lagi.. baby baru
ini merupakan
anak kami yang ke-3

Untuk baby kami
yang ketiga ni.. Jantina adalah rahsia..
sebab hari tu scan baby sembunyi2
dia punya jantina..
jadi tak nampaklah..
"baby malu yer..."

Tapi Fatihah dan suami
tak kisah tentang jantina anak
yang ke-3 ni.. Asal sihat dan cukup sifat..

Selain itu
kami dah ada sepasang anak..
Lelaki dan perempuan.


Dengan Lahirnya Baby baru ni
secara Automatik insyALLAH hubungan Suami isteri
Kami makin di penuhi oleh
BUNGA BUNGA CINTA


Dan hubungan kekeluargaan
Kami akan dilimpahi & di penuhi dengan
KASIH SAYANG & KEBAHGIAAN.. Amin Amin

Kami akan sentiasa meluangkan masa2
bersama-sama

Menonton TV


Keluar bersiar-siar
bersama-sama

dan banyak lagi yang
akan kami lakukan bersama-sama

Hhmmmmm...
Makin tak sabar plak menunggu
Kelahiran baby baru...


"Ya Allah kau permudahkan
segala urusanku"Amin Amin Amin..



06 April 2010

~BaBy iN BlUe CoNTesT- MaMa_aDHa~

Posted by Fatihah at 4/06/2010 12:35:00 PTG 5 comments

Kali ni Fatihah nak
join contest dari Mama_aDHa..

Sapa nak join contest ni.. sila KLIK sini.

Seperti biasa Fatihah akan
mencalonkan anak Fatihah yg No2
kerana anak No1 dah terlebih umur..



Kategori Boy ( B )


Muhamad Nacqris Mikail

11 bulan 19 hari


04 April 2010

~CONTEST MUKA GARANG SI KECIL~

Posted by Fatihah at 4/04/2010 02:44:00 PTG 0 comments


Untuk syarat2 join contest ni sila KLIK sini..


Ok untuk contest kali ni..
gambar muka
garang si kecil yang fatihah
pertandingkan
ialah..


Garang tak???

Nama Penuh: Muhamad Nacqris Mikail

Nama manja: Mikail.

Tarikh Lahir: 19 April 2009.

Nama ibu: Nur Fatihah Chuan.

Nama bapa: Mustaffa Yasin.

Email: naivestrennz@yahoo.com




02 April 2010

~ Baby's Special Pose Contest ~

Posted by Fatihah at 4/02/2010 11:50:00 PTG 4 comments




Ok untuk contest kali ni Fatihah nak meng"expose" anak "Dara" fatihah..
ini kali pertama Fatihah mencalon kan Amyra dalam contest..
lama2 ni Mikail jer yang dicalon kan..
yer lah kebanyakkan contest nak limit umur sampai 3 tahun..
Amyra plak 3 tahun+++..
dan contest ni untuk anak2 yang berumur 6bulan - 4 tahun..
jadi anak dara Fatihah tu cukup syarat.. Untuk syarat2 yang lain silalah
KLIK sini..

Gambar yang Fatihah nak pertandingkan di sini ialah..





Nama Anak
: Nacqrisma Mia Amyra.
Tarikh Lahir: 5 ogos 2006.
Nama Ibu: Fatihah
E-mail: naivestrennz@yahoo.com

Kenapa Fatihah rasa pose ni menarik??
Amyra ni memang suka posing.. tapi memang tak bleh lupa
gambar yang ni kerana.. waktu pose ni
di ambil amyra bayangkan dia seorang "princess'..

Ok Amyra.. Mama wish you
GOOD LUCK.. Sayang..
 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez