21 Februari 2010

Mikail Top 5 : PRETTY ZAZA BABY FACE TOP 5..

Posted by Fatihah at 2/21/2010 04:13:00 PTG 6 comments

20 Februari 2010

Gambar Permata Hatiku Si Dara & Si Teruna

Posted by Fatihah at 2/20/2010 10:43:00 PTG 6 comments
Si Teruna & Si Dara.. gelaran yang cukup sinonim dengan pasangan lelaki dan perempuan..

Fatihah yang kini hamil anak ke-3 cukup bertuah kerana telah dikurniakan anak sepasang..

Si Dara yang jelita ialah anak pertama NACQRISMA MIA AMYRA.. Dia yang sangat manja pada awalnya akhirnya berkongsi kasih dengan Si Teruna iaitu MUHAMAD NACQRIS MIKAIL, iaitu adiknya.. anak ke 2..


Amyra dan Mikail mempunyai minat yang sama. Iaitu suka bergambar. Suami Fatihah yang minat fotografi secara tidak langsung menjadikan mereka berdua sebagai model.

Amyra pantang melihat lensa kamera. Manakala Mikail bijak memainkan mimik mukanya bila disuruh senyum..


Bold
Fatihah berharap, potret yang dirakamkan menjadi kenangan untuk tatapan bila mereka sudah besar kelak..

Adakah kawan-kawan blogger sekalian masih ada menyimpan gambar semasa kecil? Pasti mengimbas kembali memori dulu-dulu.. bila kita melihat gambar tersebut..

16 Februari 2010

Laksa Sarawak

Posted by Fatihah at 2/16/2010 05:47:00 PTG 14 comments


Semalam Fatihah dah Family pergi picnic di tepi pantai..

Seperti biasa setiap kali pergi picnic..
Suami Fatihah akan menyuruh Fatihah untuk memasak makanan kegemaran
kami.. LAKSA SARAWAK..

Suami Fatihah cakap makan Laksa tepi pantai
memang best giler.. tak payah susah2 nak
buat BBQ..

Jadi kat sini Fatihah kongsilah sikit cara2 membuat
makanan kegemaran Fatihah & suami..
LAKSA SARAWAK..



Kuah laksa ni senang jer nak buat.. masak pes laksa dalam 30-40minit
kemudian masukan santan & serbuk perasa.
(Kalau kat sarawak memang senang nak cari Pes laksa sarawak ni..
Kalau kat sini KK.. Rasa2nya kat pasaraya Survey jer yang ada..
Kalau nak lebih mudah.. belilah Online)

Kemudian rebus asing2..
Sayur Taugeh, Udang, Mee Bihun
& Isi Ayam (bila isi ayam dah sejuk potong kecil2
Atau carikkan Kecil2)





(Gambar Mee tak cantik & Fatihah tak pasti dengan ayat "carik" yang
Fatihah pakai.. malas nak bertanya..hihihi.. asal ada yg faham.. sudah..)

Goreng telur kemudian gulung dan hiris kecil2


Last sekali untuk sambal belacan



Kisar Bawang besar,belacan,cili kering & cili merah..
Kemudian masak sampai naik minyak..

Dan inilah Hasil nya..




.......................LAKSA SARAWAK...................

P/s: Ada beberapa gambar tak cantik.. kerana waktu ni memang
tak sabar2 lagi nak makan.. & sapa2 yang berminat nak try buat
Laksa Sarawak ni boleh oder dengan Fatihah Pes Laksa ni..
(sempat lagi nak bisnes.. hihihi)

Ada lagi cerita pasal picnic ni.. TUNGGU di entry akan datang..



Mencari Bekas Kekasih Hati!!!

Posted by Fatihah at 2/16/2010 06:43:00 PG 2 comments

Pagi tadi awal bangun.. Anak2 tersayang & suami tercinta pun masih enak
di buai mimpi di siang hari..

Memandangkan semua masih tido jadi Fatihah pun ON lah Laptop.. nak online lah tuu....
hihiihi... pas On Laptop Fatihah pun buka lah blog & FB..

Masa buka FB tu.. Fatihah ternampaklah ada satu link tu.. yang betul2 membuatkan
hati Fatihah tersentap...

Entahlah kenapa org tu masih mencarikan bekas kekasih hati yang yang dulu..
sedangkan sekarang rasa2nya dia dah ada 1 famili yang cukup bahagia.. pada pandangan
Fatihah lah.. yelah ada semuanya.. termasuk harta dunia dan akhirat..

Mungkin bagi si suami ni.. si isteri ni tak sebaik bekas kekasih nya dahulu kot..
yelah dengan ex nya dahulu bercinta bagai nak rak sampai 6 tahun lebih.. pastu dengan si isteri yang dia kahwin sekarang ni bercinta 2-3 tahun jer pastu kawen.. (mengikut kata si isterilah dulu yang pernah menjadi kawan Fatihah) Jodoh katakan..

Pada pandangan Fatihah si isteri dah cukup baik.. yelah mula2 dulu waktu mereka nak kawen
macam2 halangan ada.. lebih2 lagi bila si isteri membuat keputusan nak memeluk agama islam..
macam2 perkara yang Fatihah tengok mereka sanggup lakukan bersama2.. senang cerita lah..
SUSAH SENANG DI TEMPUHI BERSAMA..Kalau si suami susah si isteri yang usaha nak tolong.. kalau si isteri susah mestilah si suami plak yang tolong.. nama pun SUAMISTERI kan????

Entahlah apa lagi yang kurang si isteri di mata si suami ni.. nak bertudung. si isteri pakai dah.. memasak pun.. si isteri dah usaha dah yang terbaik.. mungkin lepas bersalin si isteri tak dapat
nak maintain berat badan kot.. yelah lelaki ni (tak semua ok) suka tengok permandangan yang cantik2.. atau senang cerita MUNGKIN si isteri x SEBAGUS.. BEKAS kekasih hati si suami yang pernah di cintainya selama 6 tahun yang lalu..

Dulu pernah juga si isteri bercerita kat Fatihah yang si suami ni jenis yang 24jam menatap komputer & online (suami dia bukan jenis yang suka keluar rumah).... kalau si isteri tegur,..mesti si suami jawab.. " nak cari duit lebih dengan online" jadi si isteri taklah cakap apa.. sebab ingatkan niat si suami tu betul... Si isteri ikot jer cakap suami..

Pada pandangan mata Fatihah si suami ni.. Sangat baik.. pendiam & tak banyak cakap..
Fatihah selalu cakap kat si isteri yang dia beruntung dapat suami macam tu.. tak banyak karenah.. Dan lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja..

Mungkin ini penangan Zaman Siber.. boleh cari siapa yang kita nak.. walaupun di hujung jari sekali pun... tanpa pengetahuan si isteri.. si suami buat hal cari Bekas Kekasih Hati nya yang juga sudah berkahwin di alam siber... huhuhu.. sedih nyer...

Apa patut Fatihah buat??? nak report ke kat si isteri yang merupakan kawan Fatihah.. kami sama saudara baru.. nak cerita ke apa yang si suami buat kat internet?? Mmmmmm.. Biarlah
malas Fatihah nak campur urusan Rumahtangga dia.. cuma Fatihah doakan.." SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN KEBENARANNYA" amin amin..

P/S: Saje je nak tulis entry pasal kawan Fatihah ni.. Untuk Renungan dan Peringatan kita bersama.. sapa2 suami yang kaki online tu..
AWASI aktiviti suami anda.. Sayangi keluarga anda.. Entry ni tak ada kaitan dengan sapa2 yer.. melainkan kawan Fatihah tu.. Maaf bagi yang terasa..Ahaks... hihhihi



15 Februari 2010

Baby Crying Contest

Posted by Fatihah at 2/15/2010 06:27:00 PTG 2 comments


Contest lagi... Hihihihi.. Asal ada contest memang nak Join... Saje je kan...
contest ni kita boleh join kat blog KAK PAH
Jom kita sama2 join contest ni ramai2.. hadiah pun menarik..
terutama Hadiah buku BACALAH AULAD..

Syarat peraduan:

1. Jadi follower Auladjannah
2. Copy gambar di atas, letakkan di sidebar dan terus dilinkkan ke N3 ini.
3. Letakkan link kakpah di blog anda.
4. Letak gambar anak anda, anak saudara anda, cucu anda, cucu saudara anda, kalau ada cicit pun boleh juga. Anak mestilah berumur 1 hari hingga 1 setengah tahun semasa gambar itu diambil.
DAN GAMBAR ANAK ITU MESTILAH GAMBAR SEDANG MENANGIS
(berita baik: Sekiranya anak anda sekarang berumur 3 tahun ke bawah, dan gambar menangis itu diambil semasa umurnya 1-1 1/2 tahun, anda boleh menyertai kontes ini. Syaratnya, letak gambarnya yang terkini sebagai gambar tambahan)
5. Letak nama dan umur anak semasa gambar itu diambil. Letak umur sekarang. Buat satu entry ringkas mengenai anak itu. Kalau nak buat panjang pun, terpulanglah. Tidak ada markah tambahan.
6. Tinggalkan jejak dan link anda di ruang komen.
7. Pemenang akan dipilih berdasarkan kecutetan(oopps) anak dan kekreatifan gambar itu diambil.

Gambar yang saya pertaruhkan..


Muhamad Nacqris Mikail Mustaffa, 10 bulan
Tarikh Lahir: 19/4/2009

12 Februari 2010

Mikail & Pooh Nya..

Posted by Fatihah at 2/12/2010 09:33:00 PTG 8 comments

Inilah hasilnya bila aku tiada kerja.. dengan bantuan suami sebagai 'sniper' dan aku sebagai propmaster..

Tak sangka baju Pooh boleh muat untuk Mikail

07 Februari 2010

Tag ABC

Posted by Fatihah at 2/07/2010 06:20:00 PG 6 comments

Semasa jalan-jalan menziarahi blog kawan-kawan tadi Fatihah tertarik dengan blog umiesofie .. dimana umiesofie telah mencabar kawan2 dan follower dia untuk menjawab TAG A-Z..
Jadi Fatihah pun nak turut join cabaran TAG A-Z ni..
Jom baca apa yang Fatihah coretkan dan mencarut di bawah ni...

A
- Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Semua..

B- Baru terbaca entry TAG dari umiesofie tadi..

C- Cabaran untuk kawan2 & follower umiesofie..

D- Dan Fatihah salah seorang follower umiesofie..

F- Fatihah terfikir sebelum menyertai TAG ni.. Adakan Fatihah
ikhlas nak menyertai TAG ni? atau sekadar nak Glamour..

G- Glamour ker kalau kita di TAG? atau join TAG? atau ..

H- Hanya ingin mememenuhi masa yang terluang? Fatihah ikhlas ok..

I- Ini sebenarnya boleh dikatakan sebagai satu permainan alam maya..

J- Jangan ketinggalan menyertai kalau anda di cabar membuat TAG...

K- Kalau tak.. tak bestlah..

L- Lagipun permainan TAG ni sekadar untuk hiburan dan

M- Menghiasi/memenuhi "BLOG" anda..hihihi

N- Namun kalau ada yang tak sudi join cabaran TAG ni tak apa...

O- Orang yang kita TAG pun blum tentu lagi sudi atau ikhlas di beri
cabaran TAG ni..

P- Pening juga kalau memikirkan kalau kita kena TAG ni..
yelah bukan senang nak jemput org menyertai cabaran TAG ni...
silap hari bulan orang cakap kita ni..

Q- Queen control.. yelah nak control Blog & entri org lain supaya menjawab TAG kita..

R- Rasa2nya ada yang terpaksa tak kalau kena TAG?
(fatihah ikhlas tau,langsung tak d paksa hihihi..)

S- Semua pertanyaan ini akan bermain d fikiran kita sebelum kita
membuat keputusan nak mencabar kawan2 atau Follower kita membuat TAG ni kan???

T- Tapi kita mesti fikir positif.. kalau orang yang kita jemput buat TAG
tu tak balas..anggap jer orang tu tak de masa & sibuk..

U- Untuk mememenuhi segala kehendak & pemintaan orang bukan
nyer senang dan mudah kan...??????? Silap2 hari bulan.. kita plak kena..

V- Volume dengan sound yang kurang menyenangkan.. dari pihak yang kena cabaran TAG ni..
Yelah nak menyemak Blog orang lain dengan entri TAG kita??

W- Walaupun begitu niat kita mencabar orang menjawab TAG kita ni just for Fun kan??
Langsung tak ada niat lain... macam Fatihah ni ikhlas tau..
(hahaha banyak kali dah aku menekankan yang aku ikhlas mengikuti cabaran ini)
..kalau tak percaya..

X- X-ray lah hatiku.. tengok betapa baik niat Fatihah nak jawab TAG ni..
langsung tak ada niat enter frame blog orang lain tau..

Y- Yang pasti niat Fatihah ikhlas nak berkawan dan mengeratkan lagi hubungan
silaturahim antara kita di alam maya walaupun kekadang tu rasa tak puas
plak kalau sekadar..

Z- Ziarah blog kawan2.. yelah nak gak ziarah rumah kawan2 & bejumpa di alam maya..
(untuk yang sudi)


Sapa2 yang terbaca entry ni.. Anggap Fatihah cabar korang semua buat TAG A-Z ni yer..
(Sila abaikan bagi sapa yang tak sudi)

05 Februari 2010

Pretty Zaza Baby Face Contest

Posted by Fatihah at 2/05/2010 12:54:00 PG 10 comments


Ini Baru pertama kali Fatihah join online contest..
Itu pun dah last minit.. Tak tahu masih di terima atau tidak..
Tarikh tutup pun 12.00tengah malam 5 Febuari..
Sekarang pukul 1.01 pagi 5 Febuari..
Masih sempatlah kot...
Harap2lah... Hihihih

Contest ni dianjurkan oleh Pretty Zaza..
Syarat-syaratnya senang jer..
Bacalah kat bawah ni...


Apa yang perlu dibuat:


* Buat ENTRY di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambar anak anda berposing manja cam contoh gambar kat banner contest di atas tu..
( HEHEH.. Tak MANJA pun TAKPE la, janji muka baby!! CAMNER posing pun, tetap nampak COMEL! )

* Anak anda boleh berposing di mana-mana saja .. tetapi, sila CLOSE UP bahagian MUKA saja tau!!
( Kata, "BABY FACE" contest ?.. Mesti la kena fokus kat muka kan?!!)


TERMA DAN SYARAT :


1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada
2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. )
3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni
4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun.
5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina.
( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka)
6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..)
7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati.
8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam.
9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010
10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 20 Febuari 2010.

Untuk contest ni Fatihah nak letak gambar anak Fatihah yang n0 2.. Mikail..




Nama : Muhammad Nacqris Mikail bin Mustaffa
Umur: 9 bulan 16 hari
Jantina: Lelaki

"Mama wish you Good Luck sayangku."

04 Februari 2010

Hobi Amyra.

Posted by Fatihah at 2/04/2010 03:24:00 PTG 7 comments
Aktiviti yang sangat anak Fatihah, Amyra gemari ialah melukis & mewarna..
Selain membaca ABC & 123..
Hari2 setiap kali Papa Amyra pegi kerja..
Amyra akan berpesan supaya papa membeli buku untuk mewarna..

Tadi Fatihah mengajak Amyra pergi ke kedai untuk membeli sayur..
Dan Fatihah menyuruh Amyra membeli makanan apa yang dia nak..
Masa Fatihah tengah mencari2 sayur apa yang nak di beli..
Tiba2 jer Amyra.. Menarik tangan Fatihah mengajak
Fatihah
balik ke rumah cepat2..
Ingatkan Amyra nak "poo poo"..
rupa2nya di tangan Amyra ada 2 helai kertas lukisan..
tapi kertas lukisan ni main gores jer pakai kayu yang
menyerupai pencukil gigi..

Setelah membayar kertas lukisan tu.. kami terus balik..
Sampai jer d rumah.. Amyra pun terus memulakan aktiviti nya..
mengores kertas tersebut..

Gelagat Amyra semasa mengores lukisan tersebut..

Sebelum Digores..



Amyra Sedang mengores.. dengan leka nya..




Taraaaa.. siap sudah..



Inilah Hasil nya..



Fatihah kurang pasti Amyra mewarisi minat siapa diantara Fatihah & suami..
Kerana Fatihah & suami memang tak minat bab lukis melukis & mewarna ni..

03 Februari 2010

Suamiku & Outstation.

Posted by Fatihah at 2/03/2010 08:51:00 PG 6 comments



Dalam post kali ni.. Saje je
Fatihah nak bercerita tentang SUAMI..
( sebenarnya dah tak de idea nak buat cite apa..hihihih)..

Suami
Fatihah memang selalu g Outstation..
Dalam seminggu kalau tak g

Outstation memang tak sah..
kadang-kadang sampai 2-3 hari baru balik..


Memanglah
Fatihah boring & kadang- kadang tu ada gak
Fatihah marah2 suami...
Bukan
Fatihah tak faham kerjaya suami
tapi sekarang
Fatihah tengah sarat mengandung..
(kesian kan..huhuhu) walaupun Fatihah pandai memandu sendiri..
Fatihah tetap nak suami yang temankan kemana2
Fatihah
pergi.. (manjalah plak..hihihi).. yelah untuk
keselamatan.. Kadang2 tu tempat yang suami Fatihah pergi
tak ada line telefon.. kan ke susah tu kalau ada kecemasan..
Nak harapkan famili..
kami ni tinggal berjauhan dengan famili..
kami di SABAH & famili d SARAWAK..


Kerjaya suami
Fatihah ni memang perlu banyak pergi outstation..
yelah berkhidmat dengan masyarakat luar bandar & wilayah..
Kadang2 pergi ke pendalaman.. kadang2 pergi ke pulau..

dahlah jalan raya yang d lalui untuk ke satu-satu
destinasi amat mencabar.. lebih-lebih

lagi kalau pergi ke pulau..
OMG pakai boat lagi tu..
Fatihah amat takut kalau memikirkan
keselamatan suami.. Macam-macam boleh jadi...
(" YA ALLAH minta dijauhkan perkara yang
tak bagus ni...Lindungilah Suami Fatihah" )

Opsss.. terlebih sudah.. tengok
Fatihah ni memang suka
berfikiran negative.. pembawakan mengandung kot..
semua nya terlalu sensitif,emosional & apa2lah.. hihihi..


Gambar kat bawah ni
Fatihah curi dari BLOG suami Fatihah..
hihihi.. tengoklah.. pulau & jalan raya yang terpaksa
suami
Fatihah lalui..






p/s:Gambar sikit jer.. kalau nak tengok banyak lagi
singgah lah
BLOG suami Fatihah..
 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez