31 Mac 2011

Bulan Kelahiran Putera & Puteri Kami

Posted by Fatihah at 3/31/2011 02:52:00 PG 1 comments
Header & warna blogFatihah sudah berubah.. Berubah kerana bulan April ni lah Fatihah telah melahirkan 2 orang anak.. Opss buak twin tau.. ( walaupun sangat berharap dapat anak twin ) hihihii... Ke-2 2 anak Fatihah ni lahir bulan April tapi tak sama tahun.. Jarak setahun seorang..


Masih Fatihah ingat saat Fatihah masuk labour room.. Sungguh mendebarkan detik itu.. segala kesakitan ketika ingin melahirkan terbalas apabila mendengar suara bayi menangis & melihat senyuman di muka Suami yang menemai Fatihah ketika waktu bersalin..


Tapi itu cerita 1-2 tahun lepas.. sekarang HANNAH & MIKAIL sudah membesar dan akan menyambut ulang tahun kelahiran tak lama lagi.. Manakala kakak mereka Amyra plak akan menyambut ulag tahun kelahiran bulan Ogos nanti..

MUHAMAD NACQRIS MIKAIL itulah nama hero keluarga Fatihah dan merupakan anak ke-2 dalam keluarga kami akan berusia 2 tahun pada 19 April.. Manakala anak perempuan comel kami ke-3 adalah NACQRISMA HANNAH yang akan berusia 1 tahun pada 14 April.. Sungguh sekejap masa berlalu.. Tak sedar anak2 sudah membesar dengan cepat.. Semoga Anak2 kami menjadi insan yang berguna suatu hari nanti.. Amin.

Psstt: Header blog & animasi kelip2 ni Fatihah ambil dari blog suami Fatihah.. kalau korang pun berminat nak buat animasi kelip2 seperti di atas boleh dapatkan dengan harga serendah rm10 sahaja. First come first serve basis. Tinggalkan pesanan di ruangan komen jika berminat.

30 Mac 2011

Menghitung Hari.

Posted by Fatihah at 3/30/2011 05:51:00 PTG 2 comments
Bermulanya esok Fatihah akan menghitung hari menunggu kedatangan suami kesayangan Fatihah.. Suami Fatihah terpaksa pergi outstation selama 2 minggu ke SARAWAK sampai habis pilihanraya.. Jadi mungkin 17-18 April baru sampai rumah..



Sungguh lama rasanya kalau melihat kalendar... Tadi masa suami telefon dan memberitahu dia akan ke SARAWAK esok.. secara automatik Fatihah terus rasa nak menangis... rasa rindu dan tak ada mood.. Yelah paling lama suami Fatihah pernah pergi outstation selama ini pun 5 hari jer.. Jadi Fatihah memang tak biasa ditinggalkan lama2.. Anak2 pun sama.. pasti akan menanya mana papa & akan merindui papa.. 

Kami anak beranak pernah plan nak ikut sekali balik sarawak.. yerlah dapat balik kampung.. Tapi bila di fikir balik & ada beberapa perkara yang tak dapat di elakkan.. Kami pun batalkan lah nak join sekali.. Sedih tol.. 



Nampaknya rutin harian kami anak beranak selama 2 minggu ketiadaan papa ni akan berubah.. Semua kerja papa... menghantar anak2 pergi temujanji ke klinik, membawa anak2 ke pantai & membawa anak jalan2 Fatihah akan take over selama 2 minggu ni... Kira jadi "SUPERMOM" lah.. hihihi.... Fuhhh... itu Fatihah tak kisah tapi macam tak best jer kalau tiada papa join sekali.. mesti "mama" yang terover rindu2 & nanges2 ingat papa.. Tadi pun dah nak nanges2...hihihiii



Sekarang Fatihah tengah set dalam fikiran Fatihah yang 2 minggu tu tak lama sekejap aja... Kalaulah Fatihah ada Magic.. Esok Lusa dah 17-18 April supaya tak terasalah papa lama di sana... 

Apa2 pun Fatihah doakan semoga Suami Fatihah selamat pergi dah selamat balik... Amin.. Untuk Papa.. Papa jaga diri baik2 k..

Andai kau tahu.

Posted by Fatihah at 3/30/2011 03:04:00 PTG 2 comments

 Luahan ni Fatihah copy & paste dari Facebook.. Fatihah tak reti sangat nak menyusun ayat macam ni jadi copy & paste jer..Dan yang berwarna Merah tu..  untuk SUAMI fatihah & pengalaman kami sejak bersama melayari dunia rumah tangga... Yang baik.. ambillah jadikan teladan dan yang buruk abaikan.

Suamiku.. " mun malas baca panjang2.. baca nak merah jak "

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. ( Betul.. suamiku segalanya dihatiku )

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. ( Betul.. Walaupun Fatihah ni memang cengeng/congek )

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. ( Pernahlah meninggi suara dengan suami.. Tapi terus minta maaf sebab memang tak dapat nak control kalau marah.. tapi suamiku memang suka pujuk... hihihii )

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. ( Fatihah memang suka bercakap banyak dengan suami.. sebab Fatihah anggap suami Fatihah lah kawan terbaik Fatihah & Fatihah boleh bercakap & bercerita apa sahaja tentang hal luar dan dalam “negeri” hihihii )
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. ( Untuk masa depan kami sekeluarga )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. (  Memang sentiasa mahukan yang terbaik & takut kepercayaan dikhianati)

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. ( Fatihah & suami memang sama2 suka di pujuk.. Kalau Fatihah merajuk suami yang pujuk... Kalau Suami merajuk Fatihah plak yang pujuk )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. ( Kalau Perkataan I LOVE YOU ni memang hari2 Fatihah dan suami ucapkan.. dah menjadi kebiasaan kami.. )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. ( Kalau yang ni memanglah walaupun hari2 jumpa Fatihah still juga cakap Fatihah rindu kat suami walaupun baru beberapa saat tak nampak suami.. Dan sememangnya ucap I MISS YOU  tu untuk suami memang Fatihah maksudkan )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. ( Rasa2nya macam tak ada plak bandingkan suami dengan org lain melainkan secara tanpa sedar lah.. Kalau ada Fatihah minta maaf lah dengan suami Fatihah.. Tapi SUAMIKU KAMULAH YANG TERBAIK DI HATIKU )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. ( Alhamdulillah setakat ni suami Fatihah memang seorang penyabar.. Mudah2an sampai bila2.. Amin )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. ( Tak pernah plak cakap macma tu.. Cuma kalau nak tenangkan fikiran Fatihah akan berdiam diri atau berterus terang jer dengan suami.. Tapi kadang2 Fatihah akan menjauhkan diri dari suami.. sampai rasa dah ok baru peluk2 balik suami.. dan minta maaf hihihihi )

.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi , isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. ( AMIN )


Wanita memang dilahirkan sangat “complicated” untuk difahami.. Jadi untuk suamiku Mustaffa Yasin.. bersabarlah sayang dengan perangai isterimu yang “ Comel” ni.. hihihii Love You Papa.

28 Mac 2011

2 Minggu Tanpa Papa

Posted by Fatihah at 3/28/2011 09:21:00 PG 0 comments
Assalamualaikum semua..

Hari ni mungkin suamiku akan bertolak ke Sarawak untuk membantu rakan setugas nya disana sempena Pilihanraya - 10 Sarawak.. Suamiku dan seorang lagi rakan setugas nya akan memandu kereta dari KK - Sarawak.. fuhh jauh tu.. kesian kan.. Suamiku ada juga cerita pasal ini di blog dia http://my.mustaffa.org/aku-perlu-buat-pasport-malaysia-antarabangsa


Aku & anak2 nak ikut sekali.. yelah kampung pun kat sarawak jadi ambil peluanglah nak balik kampung... tapi oleh kerana last minit tahu pekara ni jadi nak booking tiket pun sudah tersangat mahal.. syarikat tambang murah pun .. tak juga murah.. mungkin book lambat sangat kot..

2 minggu ni adalah masa yang sangat lama untuk Fatihah dan anak2 menunggu kedatangan Papa.. Tapi tak apalah.. Papa pergi pun atas urusan kerja.. jadi kena faham.. 


Fatihah doakan semoga Papa selamat pergi & balik ke rumah.. Amin.. Mama & anak2 x sabar menunggu kedatangan papa..



WE LOVE YOU PAPA... TAKE CARE.
mmmmuuuuuaaaaaaaahhhhhhh 

Jom Buat Duit Sama DISINI!!

25 Mac 2011

Pap Smear penting untuk semua wanita!

Posted by Fatihah at 3/25/2011 05:25:00 PTG 0 comments
Assalamualaikum semua..



Pagi tadi Fatihah pergi Klinik Nur untuk " FAMILY PLANNING".. Seperti biasa setiap kali Fatihah pergi ambil family Planing mesti Mr.MY,Amyra & Mikail setia menemani.. Hannah tinggal di rumah jer....sebab biasanya sekejap jer Fatihah buat family planning.. Tapi hari ni.. kesian Mr.MY kena tunggu lama sambil menjaga Mikail.. Yerlah Fatihah nak buat ujian "PAP SMEAR ".. Korang pernah buat tak???



Ujian "PAP SMEAR " ni kejap jer.. tak sakit pun.. Cuma.... MALUUUUUUU... hahahah korang yang perempuan fahamlah kan.. kalau " PAP SMEAR" ni doktor cek tempat mana kannnnnn? tak payah lah fatihah jelaskan disini... hihihii.. Nasib baik di klinik nur ni.. semua nurse & doktor perempuan.. walaupun perempuan tapi tetap malu juga OK...



Fatihah ambil Pakej 2 iaitu buat PAP SMEAR,  UJIAN KOLESTEROL , DARAH , BMI & GULA dalam badan.. Hmmm.. keputusan PAP SMEAR akan keluar dalam 2-4minggu akan datang.. Tungguuu.. Kat bawah ni keputusan UJIAN KOLESTEROL , DARAH , BMI & GULA dalam badan.. Semua keputusan Normal cuma 1 ja yang sangat memeningkan kepala Fatihah BMI badan Fatihah.. Korang tengok lah sendiri.


Nampak nya kenalah Fatihah control makan a.k.a Diet... Tahap 2 sudah tu... Hmm cuba korang teka berapa Berat Badan & Tinggi Fatihah? Siapa teka dengan betul Fatihah bagi KeyChain.



Pssstttt... Korang yang belum buat PAP SMEAR tu... mesti buat tau... Penting sangat..

24 Mac 2011

Resipi Bubur Puteri Mandi

Posted by Fatihah at 3/24/2011 08:05:00 PG 0 comments



BAHAN-BAHAN
* 2 1/2 cawan tepung pulut
* 1 sudu kecil air kapur ( x ada pun x apa )
* Air secukupnya
* Pewarna makanan ( warna ikut suka hati )
* 1 paket Santan ( dibancuh dengan air )
* 1/2 cawan gula - ( kalau suka manis boleh tambah )
* Garam secukupnya
* 2 helai daun pandan ( pakai paste pandan pun bolehjuga.. untuk bau sahaja)

CARA-CARA
-Tepung pulut di bancuh dgn air yg dah diletak sedikit garam.

-Uli sehingga menjadi doh & tidak melekat2 di tangan

- bahagi kepada 2 bahagian 1 letak kaler merah & 1 lagi kaler hijau...

-Dah siap..bulatkan dan penyek2kan sebesar duit syiling 5 sen...Ikut suka la besar2 mana nak buat..tapi harus di ingat..lepas masak dia akan lebih besar.
Dah siap tu..ketepikan ...

-Masak santan dan gula atas api..masukkan juga daun pandan utk wangikan..masukkan gula apung/ gula merah/gula melaka kalau suka.

- Bila santan dah masak.. masukan doh yang sudah dibulat2 kecil tadi..

- Bila doh nie dah timbul di permukaan santan tadi..maksudnye dia dan masak. 


SELAMAT MENCUBA

P/S: Jom menabung DISINI!
 

22 Mac 2011

Watermark Blog.

Posted by Fatihah at 3/22/2011 09:03:00 PG 10 comments
Assalamualaikum semua..


Lama dah tak update blog.. Bukan tak ada idea nak update tapi... kalau dah menghadap laptop ni idea yang mencurah2 nak update blog terus hilang.. sebelum buka laptop mesti banyak sangat benda nak di kongsikan bersama... dah buka idea tu entah kemana.. hihihi

 

Ok semalam Fatihah try buat satu watermark untuk blog Fatihah ni.. Fatihah ni kalau bab design mendesign memang failed.. tak pandai sangat pakai software yang ada.. Tapi Fatihah tetap juga nak try software yang ada.. Tak try kita tak tahu plak kemampuan kita kan...


Ok tak? simple kan... nak buat cantik sangat pun Fatihah tak pandai... hihihihi... 



Cuba teka apa maksud rama-rama kat dalam logo tu? Kalau jawapan betul nanti Fatihah bagi hadiah KeyChain nak????  Sapa cepat dia dapat.. hihihihi

Sekian!



Make Your Own Gifts Here

11 Mac 2011

Contest Aksi Si Kecil Syok Tidur.

Posted by Fatihah at 3/11/2011 10:29:00 PG 4 comments

Lama dah Fatihah tak join Contest.. Mood malas lah tu.. hihihi.. Ok kali ni Fatihah nak join Contest Aksi Si Kecil Syok Tidur anjuran blog Gugu Gaga... Jomlah Join!!


Ok untuk Contest ni Fatihah nak letak gambar anak Fatihah yang no-2 Mikail.. Mikail ni memang lasak sangat tido.. Tapi gambar kat bawah ni memang style paling di gemari Mikail.. Mikail akan tidur lena sampai 2-3 jam. hihihiii




Nama : Muhamad Nacqris Mikail.

Umur : 1 Tahun 10 Bulan.

Good Luck Sayang!! 

E'eh lupa plak nak tag 5 orang.

5.  MysDear

TARIKH TUTUP: 20/3/2012 Jam 11.59 Malam. 

09 Mac 2011

Amyra Bersekolah.

Posted by Fatihah at 3/09/2011 12:00:00 PTG 2 comments

Wajah Amyra, pertama kali ambil gambar passport untuk isi borang pendaftaraan sekolah tabika 2012.. 



Alhamdulillah Amyra akan bersekolah tahun hadapan.. Mmm tak sabar rasa nya nak tengok gelagat Amyra di hari pertama bersekolah. hihihi



Memandangkan Amyra akan bersekolah tahun hadapan Fatihah kenalah lakukan persediaan awal untuk memastikan semua keperluan Amyra lengkap. 



Fatihah & suami akan buat satu senarai barang & keperluan untuk Amyra bersekolah nanti... dan kami dah plan awal2 yang kami tidak akan membeli belah keperluan Amyra di saat akhir.. hihihiii


Dan untuk Amyra kami sudah pesan awal-awal kalau nak bersekolah mesti  berjimat cermat & menabung duit untuk keperluaan nya nanti. Nampaknya Amyra sungguh tak sabar nak bersekolah.


P/s: Jom mendaftar & bersama2 Fatihah menabung DISINI


03 Mac 2011

Mikail & Clip Rambut

Posted by Fatihah at 3/03/2011 05:42:00 PTG 0 comments

Ini lah anak bujang Fatihah, Mikail.. Huh pening kepala Fatihah bila memikirkan Mikail ni yang suka sangat nak tiru & pakai apa yang kakak Amyra & baby Hannah dia pakai. kadang2 kalau Mikail tengok Fatihah bersolek mesti dia nak try juga.. Tulah sekarang alat solek Fatihah, Fatihah letak tinggi2 supaya Mikail tak "Test Drive" hahahaha


Tapikan... Nasib baik Mikail tak berminat nak pakai gaun. Mikail lebih suka pakai baju upin & ipin, jersi bola dan baju yang ada gambar bola.. Dan Mikail suka bermain bola... Kalau cuti hujung minggu mesti Papa yang temankn Mikail main bola tepi pantai.. tempat favorite untuk kami sekeluarga bersantai di hujung minggu.



Rasa2nyakan Mikail ni kena ada berkawan dengan seorang budak lelaki yang sama umur dengan dia.. sebab Mikail di rumah jer.. bermain dengan kakak Amyra & Baby Hannah..
Atau... Mama & Papa kena....... opsss itu mungkin perancangan untuk 3-4tahun akan datang.. Hihihii

SEKIAN :)


P/s: Jom buat duit dengan Blog DISINI!!!

01 Mac 2011

Kenapa rasa macam ni?

Posted by Fatihah at 3/01/2011 10:44:00 PG 4 comments
2 hari ni dah Fatihah rasa tak tenang, takut, neves, fikiran bercelaru & macam2 lagi lah.. Fatihah tak tahu kenapa.. Yang Fatihah tahu Fikiran & hati Fatihah tak tenang. 

Fatihah call suami Fatihah untuk pastikan dia ok.. Alhamdulillah dia sampai pejabat dengan selamat.. Lepas tu perasaan Fatihah masih lagi tak tenang.. Fatihah SMS suami Fatihah yang tengah sibuk meeting.. Suami nasihatkan supaya Fatihah istigfar banyak2...


Fatihah pun istigfar banyak2 sambil membaca doa2 dibawah ni..





         Do'a Terhindar dari Kesulitan dan Penderitaan
Biismillaahi 'alaa nafsii wa maalii wa diinii, allaahumma radhinii biqadhaa'ika wa baarik lii fiimaa quddiralii hatta laauhibbaa\ ta'jiila maa akhkharta wa ta'khiira maa 'ajjalta
Artinya : Dengan nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusan-Mu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan ubun-ubunku dalam tangan-Mu, berlakulah atasku hukum keputusan-Mu dan adillah atasku segala taqdirmu. Aku mohon pada-Mu dengan segala nama yang jadi milik-Mu yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluq-Mu, atau yang Kau simpan dalam perbendaharaan ghaib di sisi-Mu kiranya Engkau jadikan kitab al-Quran jadi kesuburan hatiku dan cahaya dadaku serta menjadi tempat melepaskan segala kesusahanku dan menghilangkan dukacitaku. (HR. Ahmad dan Ibnu Gibban)
Do'a Menghadapi Kesedihan, Kelemahan, Kemalasan, Takut, Kikir, Banyak Hutang Dan Penindasan

Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasali wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhli wa a'uudzu bika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.
Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan utang dan paksaan orang lain.

Do'a Ketenangan Jiwa
Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika
Artinya : Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Do'a Mohon Ketenangan Dalam Menghadapi Musibah
Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika
Artinya ; Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan ridiha menerima segala ketetapan-Mu

Do'a Ketika Menghadapi Kesulitan
Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna idzaa syi'ta sahlan
Artinya : Ya Allah, tiada yang mudah selain yang kau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya jadi mudah. (HR. Ibnu Hibban)


Do'a Dimudahkan Segala Urusan
Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati fil asy-yaa'I kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khiyarata fii jamii'I maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'I masyuuril umuuri kullihaa laa bima'suurihaa yaa kariimu.
Artinya : Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau ridha dan sesudah ridha itu lalu aku mohonkan pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Do'a Mohon Husnul Khatimah
Allaahummaj'al khayra 'umrii aakhirahu wa khayra 'amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa'ika
Artinya : Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku pada ujungnya dan sebaik-baiknya amalku adalah pada ujung akhirnya, dan sebaik-baiknya hariku adalah pada saat aku menemui-Mu. (Disebutkan oleh an-Nawawi)
 
YA ALLAH YA TUHAHKU BERIKANLAH AKU KETENANGAN DAN KECERAHAN DAN KECERAHAN HATI UNTUK MENERIMA SEGALANYA YANG TIDAK DAPAT KUUBAH.


Fatihah Doakan supaya tidak ada benda tak baik terjadi.. Minta dijauhkan.. YA ALLAH lindungilah aku & keluarga ku.. AMIN...

P/S: Gambar & Doa Kredit GOOGLE.
 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez