24 Jun 2011

Suatu Ketika, Zaman TadikaKu.

Posted by Fatihah at 6/24/2011 10:21:00 PG 4 comments
Assalamualaikum semua.
 Taraaa.. inilah gambar Fatihah semasa Zaman tadika dulu2... cuba teka mana satu Fatihah? hihihihi.. OK gambar ni kebetulan Fatihah ternampak dalam 1 page " Budak Lanang Kem, Sibu" di laman sosial FB.. Gambar ni di upload saudara Nasari Yaman Tq bro.. :)..  Actually dalam gambar ni seorang pun Fatihah tak ingat.. sebab Fatihah darjah 2 dah pindah ikut datuk Fatihah ( Datuk fatihah bekas polis ).. Bro Nasari Yaman ni pun Fatihah baru tahu 1 kelas dengan Fatihah masa tadika dulu...



Ok yang ni gambar yang ada dalam simpanan Fatihah... sama kan.. Hihihi.. jejak kasih lah ni.. hahahahaha.. kenang yang paling Fatihah ingat dan tak boleh nak lupa masa tadika dulu ialah.. apabila Fatihah selalu tertukar bekas air dengan seorang budak lelaki ni ( sampai sekarang Fatihah tak ingat mana 1 budak itu dalam gambar ni ).. Bekas air kami sama jenis, bentuk.. memang sebijiklah sama..  tapi yang bezanya.. air yang kami bawa.. seorang bawak milo susu & seorang lagi air lain ( lupa dah ).. Dan setiap kali tertukar bekas air tu mesti mak budak lelaki tu pergi hantar rumah Fatihah... Hihihihi.. Ya Allah rindu nyerr saat itu...

Ok kat bawah ni ada 2 keping gambar kenangan fatihah masa kecil dulu semasa masih tinggal di Lanang kem, Sibu...


2 budak comel kat belakang tu.. Fatihah & kakak Fatihah.. 2 budak comel kat depan tu... errr... sorry langsung fatihah tak ingat.... :(


Ok yang ni plak gambar Fatihah & kakak Fatihah... hihihi.. Zaman kanak-kanak memang best kan... 

TQ  Facebook... & Nasari Yaman..

P/S: BLOG NI MASIH DALAM PROSES NAK TUKAR NEW TEMPLATE.. MAAF  JIKA SULIT UNTUK MEMBACA TULISAN DI SETIAP ENTRY DALAM BLOG INI.. :)




21 Jun 2011

Mood Bermain Flash Games.

Posted by Fatihah at 6/21/2011 09:19:00 PG 2 comments
Assalamualaikum semua..

Mmmm,, ( mengeluh dulu).. hihihhi.. OK.. lately ni Fatihah agak malas nak updates blog... Entahlah kenapa..???

Kalau nak ikutkan banyak benda yang nak diceritakan... Tp kalau dah menatap lappy ni mesti jari jemari ni terus klik link flash games... 

 Antara permainan flash kegemaran aku..

Inikan yang dikatakan "mood ke laut?"... betul ker? Hmmm whateverrrrr.. lah kan... Ok sapa2 yang kat luar sana yang tengah bosan.. bolehlah layan Flash Games ni... Fatihah dah ketagihah main Flash games ini... hihihiii macam budak2 kan.. tapi sebenarnya dah jadi mak budak pun.... hahahahahah.... Jom kita layan ramai2.. 




08 Jun 2011

Hari Istimewa Kami

Posted by Fatihah at 6/08/2011 12:42:00 PTG 4 comments
Assalamualaikum semua..



Ya.. hari ini memang hari yang sangat istimewa untuk Fatihah & Suami.. Hari dimana kami sah di ijab kabulkan sebagai sepasang suami isteri... 


Tak tahu nak cakap apa.. yang penting selama bergelar isteri kepada Mustaffa Yasin.. Fatihah amat bahagia & gembira.. Amat bersyukur mendapat suami seperti yang Fatihah miliki sekarang.. Dah alhamdulilah selama kami hidup bersama kami di anugerakan 3 cahaya mata yang comel2.. 




Hmmmmmm memang sangat bersyukurlah kepada Allah.. betul2 tak tahu nak type apa... memang sangat bersyukurlah dengan kurniaan Allah ni.


Untuk suamiku.. I Love You.. Terima kasih untuk semuanya.. sangat bersyukur memilikki kamu.. Semoga jodoh & hubungan suci kita diberkati & dipanjangkan dunia akhirat AMIN AMIN.. Jom baca doa...

DOA AGAR SUAMI ISTERI SALING MENGASIHI
اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

07 Jun 2011

Seronok Jadi Cikgu.

Posted by Fatihah at 6/07/2011 11:07:00 PG 0 comments
Assalamualaikum semua..

Akhir-akhir ini Fatihah sangat sibuk sampaikan nak updates blog tak ada masa & idea... Ok sekarang ni Fatihah dah menjadi Cikgu.. Cikgu tanpa gaji.. Yup tanpa gaji.. sebab Fatihah menjadi cikgu di rumah untuk anak2 Fatihah..

Sumber Gambar Dari Google


Menguji kesabaran betul mengajar anak2 ni.. Kena betul2 sabar.. walaupun kadang2 tu naik juga "temperature".. Susah juga jadi cikgu ni yerrr... Kena betul2 sabar...  Sekarang Fatihah lebih fokus mengajar anak sulung Fatihah Amyra... sebab tahun depan dia dah nak masuk sekolah.


Fatihah mengajar yang simple jer seperti


Membaca,menulis & mengenal ABJAD


Membaca,menulis & mengenal NOMBOR

Membaca,mengenal dan menulis JAWI.

Untuk insan yang memilik/memilih kerjaya sebagai seorang "CIKGU"  Fatihah memang respect lah...

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez