09 Mei 2010

Selamat Hari Ibu MUMMY & MAK.

Posted by Fatihah at 5/09/2010 01:40:00 PG 0 comments
       
     Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di Malaysia dan seluruh dunia..…Terutama sekali kepada Mummy Fatihah ROSELIND LEMA TADONG  kerana bersusah payah menyara dan mendidik kami adik beradik..sehinggalah Fatihah menjadi seperti sekarang..Kaulah pertama hatiku.. I LOVE YOU MUMMY...
 
      Dan tak lupa untuk Mak Mertua Fatihah SARBANUN KARIM.. Terima kasih kerana menjaga & membesarkn suami Fatihah MUSTAFFA YASIN.. Sekarang biarlah Fatihah jaga Anak Mak yer.. Fatihah janji akan jaga Anak Mak baik2.. "iboh susah hati : ) " SAYANG MAK...
 
       Dan Fatihah akan menjaga & mendidik cucu Mummy & Mak baik-baik sehingga menjadi anak yang baik & insan yang cermerlang & berguna suatu hari nanti AMIN..

MUMMY & MAK.. HAPPY MOTHER DAY's
LOVE YOU TWO.. SOoooo MUCH's
MMMUUUAaaaHHH


06 Mei 2010

Tetamu Senja - A. Samad Said

Posted by Fatihah at 5/06/2010 03:16:00 PTG 1 comments

Tetamu Senja ~ A. Samad Said
--------------------------------

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said 

Sajak ni pagi tadi suami Fatihah yang suruh cari...
Lepas baca.. Sajak ni memang sangat menarik untuk
direnungkan bersama2...buat peringatan bahawa hidup kita di dunia ini sgt singkat.

Doa Untuk Adik NurHannah Bte Mohamed Helmi.

Posted by Fatihah at 5/06/2010 10:40:00 PG 2 comments
Salam semua.. Entry ni Fatihah dapat tahu dari Suami Fatihah... Suami Fatihah ceritakan pasal cerita ini waktu dia balik kerja... Dengan nada yang sedih suami Fatihah menceritakan lah tentang adik NurHannah Bte Mohamed Helmi ini.. tapi suami Fatihah tak cerita habis dia suruh Fatihah baca kat Email mungkin suami Fatihah sedih kerana kebetulan nama anak kami yang baru lahir ada sedikit persamaan dengan nama adik NurHannah Bte Mohamed Helmi ini.. Nama anak kami NACQRISMA HANNAH.


Kawan- kawan kisah mengenai penderitaan adik NurHannah Bte Mohamed Helmi yang baru berusia 3 bulan dan berada dalam keadaan tidak sihat serta memerlukan belas ihsan dan bantuan daripada semua Muslimin dan Muslimat sekalian. Bukan bantuan berbentuk wang ringgit yang dipohon sebaliknya doa dan solat hajat supaya bayi kecil tersebut sihat seperti rakan-rakan yang lain.


 Kandungan Email tersebut:
MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA , KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI…
Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.
Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.
Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.
Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.
Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.
2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.
Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.
Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.
Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat 1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala. 2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
Ayat Kursi Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim. 
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




 Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Kawan-kawan sama-samalah kita doakan adik NurHannah Bte Mohamed Helmi supaya sihat membesar seperti anak-anak lain. Entry khidmat masyarakat untuk disebar-sebarkan.

Ya Allah, sedihnya.. kanak kanak sekecil ini terpakse menanggung sakit. Ya Allah, ringankan lah beban anak kecil ini.tapi sesungguhnya Allah itu maha adil kan, takkan Dia sengaja menguji hambanya. pasti ada hikmah kan. Macam Allah turunkan hujan, tapi selepas itu dikurniakan pelangi untuk kita nikmati keindahan alam.

Semoga Hana Sayang cepat sembuh ye. Kuatkan hati Sayang..


02 Mei 2010

Award Dari Umisofie

Posted by Fatihah at 5/02/2010 07:25:00 PG 4 comments
Award Kali ni Fatihah dapat dari UmiSofie
Terima Kasih UmiSofie kerana 
ingatkan Fatihah..
Fatihah nak minta maaf sebab 
lambat ambil Award 
yang cantik ini dari UmiSofie

Fatihah agak sibuk akhir2 ni..
Sibuk dengan anak2 & baby baru.
Blog Fatihah ni pun dah terbengkalai.. 
Langsung tak ada masa nak jenguk
blog sendiri.. apatah lagi blog kawan2..

Ok kepada kawan2.. Fatihah tak tahu
nak tag & bagi Award ni
kepada sesiapa kerana.. rasa2nya
semua dah ambil award ni.. Fatihah jer yang 
Lambat.. Sapa2 yg belum
ada Award ni..
Ambillah... Award ni cantik sangat...


 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez