31 Mac 2010

~Tag dari Kelly Jelita~

Posted by Fatihah at 3/31/2010 11:24:00 PTG 10 comments


Tag kali ni datang dari KELLY.. Terima kasih kelly kerana bagi kerja rumah untuk Fatihah.. Dapatlah Fatihah selalu update blog.. hihihi

1)ADAKAH ANDA MERASA ANDA HOT??

Yes.. memang hot sangat2.. dengan perutku yang makin membesar..

2)UPLOAD WALLPAPER PC/LAPTOP YANG ANDA GUNA SEKARANG??




3)CERITA PASAL GAMBAR INI?

Wallpaper ni dihasilkan suamiku sayang.. kerana suami cakap.. setiap kali buka laptop kat opis mesti teringat kat family di rumah.


4)KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA??


Ahad lepas.. 28 march.

5)LAGU TERAKHIR AKU DENGAR??


Lagu Butterfly kat blog kelly..


6)APA ANDA BUAT SAMBIL MENYELESAIKAN TAG NI??

Tangan sebelah kiri.. menghayun buai anakku mikail

7)SELAIN NAMA SENDIRI, ANDA DIPANGGIL NAMA APA?


"MAMA" oleh sepasang anak2 ku yang comel dan "YANG/SAYANG" oleh Suamiku sayang.

8)TAG LAGI 5 ORANG SIAPA YANG ANDA NAK TAG

Eyta@hotmama
Aina
Sasha
Kakyong
umiesofie

9)SIAPA ORANG NOMBOR 1 BAGI ANDA?

Seorang HotMama.

10)KATAKAN SESUATU PADA ORANG NO 5?

Semoga tabah & sabar dalam menempuhi dugaan hidup & semoga urusan umie & sofie di permudahkan, Amin.

11)NOMBOR 3 ADA HUBUNGAN DGN SIAPA?

Isteri kepada En. Poji & Mummy kepada Alya.

12)KATA2 CINTA UNTUK ORANG NOMBOR 4?

Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita berkekalan selamanya.

13)BERIKAN 5 YANG ANDA TAHU TENTANG ORANG YANG TAG ANDA?

Isteri kepada Muhamad Daniel Chia.
Mummy kepada 2 orang hero.
Sedang dalam MISI menambah rakyat malaysia.
Rakanku di FB & RH.
Seorang yang baik hati.


30 Mac 2010

~ Award Lagi~

Posted by Fatihah at 3/30/2010 09:07:00 PG 5 comments





1) Bagi ucapan terima kasih pada siapa yang bagi award ni dan postkan dalam blog:

Nak ucap Terima kasih kat Eyta@hotmama
kerana sudi bagi Fatihah Award yang cantik ni..
Fatihah amat menghargai.. TQ


2) Listkan tarikh lahir anak yang first dan seterusnya letakkan sekali nama anak yang ke 2, 3, 4 dan seterusnya:



3) Sesiapa yang pregnant boleh letak gambar pregnant:



4) Serahkan award ni pada sesiapa yang anda rasa hot mama:

OK sapa2 yang bergelar mama tu.. Ambillah award ni.. Fatihah tak tahu nak tag sapa.. kerana ramai hotmama yang kat luar tu dah ambil award ni..


27 Mac 2010

~My second Award~

Posted by Fatihah at 3/27/2010 01:22:00 PG 8 comments

1) Thank and link the person that give you the award:

Ok.. Award kali ni Fatihah dapat
dari FISA OTHMAN ...

Fatihah rasa happy dapat Award ni..
kerana kehadiran Fatihah dalam alam ber'blog' ni
disedari & dihargai .. walaupun belum lagi sampai 1 tahun ber"blog"..
dah dapat 2 Award..TQ kawan2.

2) Pass this award on to 20 Bloggers you've recently discovered and think are fantastic:

Fatihah rasa banyak dah kawan2 Fatihah
yang dah dapat Award ni..
Jadi Fatihah nak Tag Sapa2 kawan Fatihah tuk ambil
Award ni terutama dua orang kawan
Fatihah yang belum ambil Award ni ..
saje jer nak bagi kerja rumah..hihihi
Korang bedua ambil yer..

Blogger Naimatul Hafizah Nor Rodin


25 Mac 2010

~Hadiah Dari PRETTY ZAZA~

Posted by Fatihah at 3/25/2010 09:15:00 PG 6 comments



Ini Entry khas untuk PRETTY ZAZA..

Hari tu Fatihah ada join

Pretty Zaza Baby Face Contest.

Dan anak Fatihah mendapat Hadiah saguhati...

Hadiah baru sampai semalam.


Terima Kasih Pretty Zaza


Inilah Hadiah nya..

Disebabkan Mikail masih kecil & belum pandai menulis..
Fatihah bagi hadiah ni kat anak Fatihah yang sulung Amyra..
Amyra amat gembira sekali..

Terima Kasih ZAZA...

23 Mac 2010

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100

Posted by Fatihah at 3/23/2010 09:12:00 PG 2 comments

Apa saya nak buat kalau diberi RM100?????

Disebabkan sekarang saya tengah sarat mengandung & sedang menghitung hari nak bersalin..Saya nak pakai duit tu untuk menambah duit saya yang sedia ada untuk membeli KATIL BABY/BABY COT & HIASAN KATIL BABY IDAMAN saya...

Rasa2nya itu jer yang saya nak kalau dapat Rm100 tu.. Ok kawan2 jomlah join contest ini yang dianjurkan oleh DIARI SEORANG LELAKI.

21 Mac 2010

~Tag Sepuluh~

Posted by Fatihah at 3/21/2010 05:09:00 PTG 4 comments

Tag ni Fatihah dapat dari saSha a.K.a MumYalya.. TQ dear kerana sudi Tag Fatihah.. Jadi dapatlah blog ni selalu di kemaskini. Walaupun Tag ni agak mencabar.. Fatihah cuba juga buat..

Copy tajuk entry “sepuluh” dan paste di post anda. Anda dikehendaki untuk menjawab sepuluh soalan di bawah dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya (jadi saya akan mengguna kan bahasa ibunda saya sepenuhnya)

[1] Siapakah diri anda di rumah?

Saya seorang isteri kepada En.MUSTAFFA.. dan mama kepada sepasang anak..
NACQRISMA MIA AMYRA & MUHAMAD NACQRIS MIKAIL. Saya juga surirumahtangga sepenuh masa.

[2] Siapakah diri anda disamping rakan?

Pendengar yang baik kot.. yerlah hampir semua rakan2 saya suka bercerita tentang masalah & meluahkan perasaan mereka kat saya.. dan mungkin saya ni jenis yang berfikiran terbuka kerana saya boleh sertai apa2 jer perkara yang rakan2 bincangkan.. dan yang paling penting saya amat mengambil berat tentang rakan2 di sekeliling saya... Saya sayang rakan2 saya.

[3] 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai

Rasa2nya kalau nak cakap apa yang saya idamkan memang banyak.. tapi sekarang saya bersyukur dengan apa yang ada.. Saya dah ada sepasang anak yang comel dan tak lama lagi akan lahir anak yang ke-3.. dan saya ada seorang suami yang handsome... syukur alhamdulilah.

[4] Siapakah nama pasangan anda?

En. MUSTAFFA YASIN

[5] Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda

~ Sedap mata memandang,
~ Baik.
~ Bertanggungjawab
~ Jujur
~ penyanyang

macam tak cukup jer 5 perkara tu.. banyak lagi.. dan saya doakan semoga suami saya tak berubah dan berharap dia seperti sekarang dunia & akhirat.. Amin.. I LOVE YOU SAYANG.


[6] Bila tarikh anda couple?

20 JULY 2004

[7] Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?

Kenangan pahit? mmmm.. adalah.. lebih2 lagi macam kami yang cinta berlainan agama.. tapi sekarang syukur alhamdulilah segala nya dapat kami tempuhi bersama2.. bak kata perpatah.. "bersusah susah dahulu,bersenang2 kemudian".. kenangan pahit itu kami abadikan menjadi "kenangan yang terindah"..

[8] Lagu tema cinta anda?

Banyak.. sebab kami ni memang suka mendengar lagu.. salah satu lagu yang kami suka masa bercinta dulu... Here Without You - 3 Doors Down..

[9] Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?

Mmm.. jangan main internet sampai pukul 3-4pagi.. jaga kesihatan.
Kalau boleh janganlah selalu pergi outstation.. kesian mama & anak2 tinggal di rumah..
Selebihnya.. syukur alhamdulillah.. saya bersyukur dengan pasangan saya.

[10] Tag 10 rakan ada yang lain

Saya nak Tag semua yang terbaca blog ni.. Tag ni best rasanya tak cukup untuk 10 rakan..
Sudi2lah buat Tag ni.. anda pasti terkenang kembali dan tersenyum2..


20 Mac 2010

~beautiful blogger award~

Posted by Fatihah at 3/20/2010 10:17:00 PG 3 comments
Fatihah dapat award ni dari sasha aka mummyalya & umiesofie aka fiza.. Fatihah berbangga & happy dapat Award ni kerana :

1. Ini award pertama yang Fatihah dapat setelah tak sampai setahun dalam alam blog ini..
memang best sangat2.. terasa kehadiran diri Fatihah dalam alam blog ni di hargai.. terima kasih kawanku.. sasha aka mummyalya & umiesofie aka fiza..

2. Lately memang Fatihah malas updates blog fatihah.. jadi terima kasih kerana memberi kerjarumah untuk Fatihah updates blog yang terbengkalai seketika ini.

Jadi inilah syarat untuk menerima award ini:

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

7 things about me ('',)

1. Tersangat sayangkan anak2 & sangat2 menyintai suamiku.
2. Isteri kepada MUSTAFFA
YASIN & Mama kepada AMYRA & MIKAIL.
3. Sorang ibu muda berusia 24tahun.. Anak dah nak masuk 3.
4.
Addicted tentang kecantikan..
5. Tak sabar menunggu kelahiran anak yg ke3.
6. Pandai memandu tapi malas.. lebih suka mengharapkan suami.
7. Sensitif.. suka menangis & merajuk & bising dengan anak2.. hihihi

Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs:

1. Kelly
2.
Eyta (hotmama)
3. Lana
4. Mamamiera
5.Ieda Al-Habsyi
6. Bareessence
7. Fisa Othman
8. Rama2unggu
9. Lady Of Leisure
10.White Rose
11. Qaseh Um Masyitah
12. sugar2 kapas strawberry
13. Honey Helena
14. Myra
15. Idaz

Nama kat atas ni Fatihah campurkan.. ada follower & ada blog yang baru Fatihah jenjalan.. Kalau sudi ambik yer.. then paslah kat 15 blog yang korang suke atau follower. TERIMA KASIH..




18 Mac 2010

Menang Online Contest Lagi.

Posted by Fatihah at 3/18/2010 03:43:00 PTG 6 comments

Mula2 nak ucap Terima kasih untuk Mama_Aqish & para juri kerana telah
memilih gambar Fatihah & Mikail sebagai pemenang saguhati..
Fatihah amat menghargai.

Walaupun dapat tempat saguhati ..Fatihah amat berpuas hati..
Kerana Fatihah suka "DAPAT HADIAH"
hihihihi

Contest ni memang gempak.. kerana hadiah di taja
banyak sponser.
dan
Tak lama lagi Mama_Aqish akan mengadakan satu
lagi contest..Tapi kena tunggu..
pelancaran contest itu..

(Mama_Aqish - pembetulan "NACRIQ" ke "NACQRIS") TQ

p/s: tak sabar tunggu hadiah. hihihihi

03 Mac 2010

DOA IBU untuk BAYI DALAM KANDUNGAN

Posted by Fatihah at 3/03/2010 04:15:00 PTG 14 comments

Sekarang ni Fatihah dah masuk 34 minggu...
Berdebar2 plak rasa.. Rasa tak sabar pun ada..
Sekarang ni nak tido malam pun susah..
Asyik nak berjaga jer... mungkin terlalu risau kot.
Apa yang Fatihah fikirkan pun Fatihah sendiri tak pasti..
Lagipun ini bukan anak pertama tapi anak yang ke-3 insyaallah..

Kalau dah masuk 34 minggu keadaan baby dalam perut cam image kat bawah ni..


Comel kan...


Sekarang ni hari Fatihah kira menghitung hari lah...


Sebab tak semua ibu yang mengandung akan melahirkan anak tepat pada waktu jangkaan..
Cuma 5% jer yang lahir tepat waktu jangkaan..
Peratus untuk melahirkan awal & lepas waktu due amat tinggi..
So sekarang Fatihah dah kira 50-50 ready ...
Fatihah hope sangat2 Fatihah beranak tak terlalu awal dari tarikh jangkaan.

Kat sini Fatihah nak kongsi satu


DOA IBU untuk BAYI DALAM KANDUNGAN


Bismillahirrahmaanirrahiim

Allaahummahfazh waladii maa daama fii bathnii wasyfihi anta syafin laa syifaa'a illaa syifaa uka syifaa un laa yughaadiru saqamaAllaahumma shawwirhu fii bathnii shuuratan hasanatan wa tsabbit qalbaha iimaanan bika wa birasuulika
Allaahumma akhrijhu min bathnii
... waqta wilaadatii sahlan wa tasliiman
Allaahummaj'alhu shahiihan kaamilan wa 'aaqilan haadziqan 'aaliman 'aamilan
Allaahumma thawwil 'umrahu wa shahhih jasadahu wa hassin khuluquhu wa afshih lisaanahu wa ahsin shuuratahu liqiraa'atilhadiitsi wal qur'aani bibarakati muhammadin shallallaahu 'alaihi wa sallama
Walhamdu lillaahi rabbil


Ibu- ibu yang mengandung marilah sama-sama
kita amalkan & baca doa di atas...

01 Mac 2010

CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish

Posted by Fatihah at 3/01/2010 01:41:00 PG 2 comments
Kali ni nak join Contest dari MAMA_AQISH



Saya suka terjag blog mama_aqish kerana.. Sejujurnya Fatihah baru jer tahu tentang blog Mama_aqish ni.. Yelah Fatihah ni masih baru lagi dalam alam blogger ni.. So apa yang Fatihah suka & tahu tentang blog ni adalah tutorial tentang blog.. untuk orang baru di alam maya macam Fatihah ni tutorial ni amat berguna.. Selain itu, blog ni ada cerita tentang anak2,cuti2, shopping online & info tentang permakanan baby. So secara keseluruhan blog ni memang serbaguna.

So Fatihah letak gambar Fatihah dengan 2nd baby mikail.. Anak yang sulung dah tak leh join.. umur dah 3tahun+++.. Gambar yang Fatihah pertaruhkan ialah:
>
< >
>
< >
< (abaikan dagu double tu.. hihihihi)

Nama Anak: Muhamad Nacqris Mikail ( Mikail ) 10 bulan 10 hari.
Nama Ibu: Nur Fatihah Chuan ( Fatihah ).

Ok rasa-rasanya macam dah penuhi semua syarat.
Untuk mommies yang berminat nak join contest ni sila lah tengok syarat2 kat blog penganjur mama_aqish.


Contes ni ditaja oleh:

SO LOVELY COLLECTION

dnurboutique & dnurjusmate5

LUV BABY FASHION

Create your own banner at mybannermaker.com!

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez