08 Jun 2011

Hari Istimewa Kami

Posted by Fatihah at 6/08/2011 12:42:00 PTG
Assalamualaikum semua..



Ya.. hari ini memang hari yang sangat istimewa untuk Fatihah & Suami.. Hari dimana kami sah di ijab kabulkan sebagai sepasang suami isteri... 


Tak tahu nak cakap apa.. yang penting selama bergelar isteri kepada Mustaffa Yasin.. Fatihah amat bahagia & gembira.. Amat bersyukur mendapat suami seperti yang Fatihah miliki sekarang.. Dah alhamdulilah selama kami hidup bersama kami di anugerakan 3 cahaya mata yang comel2.. 




Hmmmmmm memang sangat bersyukurlah kepada Allah.. betul2 tak tahu nak type apa... memang sangat bersyukurlah dengan kurniaan Allah ni.


Untuk suamiku.. I Love You.. Terima kasih untuk semuanya.. sangat bersyukur memilikki kamu.. Semoga jodoh & hubungan suci kita diberkati & dipanjangkan dunia akhirat AMIN AMIN.. Jom baca doa...

DOA AGAR SUAMI ISTERI SALING MENGASIHI
اللَّهُمَّ حَبِّبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” (Riwayat Muslim no. 2491)

Amalan
Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Abu Hurairah r.a. telah memohon Nabi s.a.w. agar berdoa kepada Allah s.w.t. agar memberikan hidayah kepada ibunya supaya memeluk Islam. Dengan doa Nabi s.a.w. yang juga menunjukkan mukjizat Baginda, ibu Abu Hurairah r.a. telah memeluk Islam. Kemudian beliau meminta kepada Nabi s.a.w. agar dia dan ibunya dicintai oleh sekalian orang-orang yang beriman. Nabi s.a.w. telah mendoakan untuk mereka dengan doa di atas dengan sedikit penambahan iaitu kalimah “wa ummuha” (dan ibunya) selepas kalimah “abdaka haza”. Hasil doa Nabi s.a.w. ini, setiap orang beriman yang lahir akan melahirkan rasa cinta apabila mendengar tentang Abu Hurairah. Oleh sebab itu, doa ini boleh digunakan oleh pasangan suami isteri untuk mengikat serta menyuburkan rasa kasih sayang sesama mereka.

4 comments:

wrizuan[dot]net on 08 Jun, 2011 13:00 berkata...

tahniah moga kekal ke akhir hayat

Izwa Kamaruddin on 08 Jun, 2011 13:02 berkata...

selamat ulangtahung buat kamu & suami :)
semoga berkekalan hingga ke akhir hayat..:)

Fatihah on 09 Jun, 2011 08:32 berkata...

@wrizuan[dot]net
Amin... TQ

Fatihah on 09 Jun, 2011 08:33 berkata...

@♥Mrs.Eady♥
Terima kasih.. Amin..

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez