06 Mei 2010

Tetamu Senja - A. Samad Said

Posted by Fatihah at 5/06/2010 03:16:00 PTG

Tetamu Senja ~ A. Samad Said
--------------------------------

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said 

Sajak ni pagi tadi suami Fatihah yang suruh cari...
Lepas baca.. Sajak ni memang sangat menarik untuk
direnungkan bersama2...buat peringatan bahawa hidup kita di dunia ini sgt singkat.

1 comments:

ummufatihah on 24 Mei, 2010 16:42 berkata...

salam fatihah, anak sulung akak pun nama fatihah jugak... Search sajak ni dlm google sebab selalu dengar dalam IKIMfm pagi2. Akak mintak izin copy dari sini yek... Nak bubuh kat blog akak... senang rujuk nanti.. Akak follow blog fatihah ye... selalu le update .. :) salam kenal..

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez