20 Mac 2010

~beautiful blogger award~

Posted by Fatihah at 3/20/2010 10:17:00 PG 3 comments
Fatihah dapat award ni dari sasha aka mummyalya & umiesofie aka fiza.. Fatihah berbangga & happy dapat Award ni kerana :

1. Ini award pertama yang Fatihah dapat setelah tak sampai setahun dalam alam blog ini..
memang best sangat2.. terasa kehadiran diri Fatihah dalam alam blog ni di hargai.. terima kasih kawanku.. sasha aka mummyalya & umiesofie aka fiza..

2. Lately memang Fatihah malas updates blog fatihah.. jadi terima kasih kerana memberi kerjarumah untuk Fatihah updates blog yang terbengkalai seketika ini.

Jadi inilah syarat untuk menerima award ini:

1. Thank & link the person that gave you the award.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic

3. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award

4. State 7 things about yourself.

7 things about me ('',)

1. Tersangat sayangkan anak2 & sangat2 menyintai suamiku.
2. Isteri kepada MUSTAFFA
YASIN & Mama kepada AMYRA & MIKAIL.
3. Sorang ibu muda berusia 24tahun.. Anak dah nak masuk 3.
4.
Addicted tentang kecantikan..
5. Tak sabar menunggu kelahiran anak yg ke3.
6. Pandai memandu tapi malas.. lebih suka mengharapkan suami.
7. Sensitif.. suka menangis & merajuk & bising dengan anak2.. hihihi

Now I'm passing this award to other bloggers with the most wonderful blogs:

1. Kelly
2.
Eyta (hotmama)
3. Lana
4. Mamamiera
5.Ieda Al-Habsyi
6. Bareessence
7. Fisa Othman
8. Rama2unggu
9. Lady Of Leisure
10.White Rose
11. Qaseh Um Masyitah
12. sugar2 kapas strawberry
13. Honey Helena
14. Myra
15. Idaz

Nama kat atas ni Fatihah campurkan.. ada follower & ada blog yang baru Fatihah jenjalan.. Kalau sudi ambik yer.. then paslah kat 15 blog yang korang suke atau follower. TERIMA KASIH..




18 Mac 2010

Menang Online Contest Lagi.

Posted by Fatihah at 3/18/2010 03:43:00 PTG 6 comments

Mula2 nak ucap Terima kasih untuk Mama_Aqish & para juri kerana telah
memilih gambar Fatihah & Mikail sebagai pemenang saguhati..
Fatihah amat menghargai.

Walaupun dapat tempat saguhati ..Fatihah amat berpuas hati..
Kerana Fatihah suka "DAPAT HADIAH"
hihihihi

Contest ni memang gempak.. kerana hadiah di taja
banyak sponser.
dan
Tak lama lagi Mama_Aqish akan mengadakan satu
lagi contest..Tapi kena tunggu..
pelancaran contest itu..

(Mama_Aqish - pembetulan "NACRIQ" ke "NACQRIS") TQ

p/s: tak sabar tunggu hadiah. hihihihi

03 Mac 2010

DOA IBU untuk BAYI DALAM KANDUNGAN

Posted by Fatihah at 3/03/2010 04:15:00 PTG 14 comments

Sekarang ni Fatihah dah masuk 34 minggu...
Berdebar2 plak rasa.. Rasa tak sabar pun ada..
Sekarang ni nak tido malam pun susah..
Asyik nak berjaga jer... mungkin terlalu risau kot.
Apa yang Fatihah fikirkan pun Fatihah sendiri tak pasti..
Lagipun ini bukan anak pertama tapi anak yang ke-3 insyaallah..

Kalau dah masuk 34 minggu keadaan baby dalam perut cam image kat bawah ni..


Comel kan...


Sekarang ni hari Fatihah kira menghitung hari lah...


Sebab tak semua ibu yang mengandung akan melahirkan anak tepat pada waktu jangkaan..
Cuma 5% jer yang lahir tepat waktu jangkaan..
Peratus untuk melahirkan awal & lepas waktu due amat tinggi..
So sekarang Fatihah dah kira 50-50 ready ...
Fatihah hope sangat2 Fatihah beranak tak terlalu awal dari tarikh jangkaan.

Kat sini Fatihah nak kongsi satu


DOA IBU untuk BAYI DALAM KANDUNGAN


Bismillahirrahmaanirrahiim

Allaahummahfazh waladii maa daama fii bathnii wasyfihi anta syafin laa syifaa'a illaa syifaa uka syifaa un laa yughaadiru saqamaAllaahumma shawwirhu fii bathnii shuuratan hasanatan wa tsabbit qalbaha iimaanan bika wa birasuulika
Allaahumma akhrijhu min bathnii
... waqta wilaadatii sahlan wa tasliiman
Allaahummaj'alhu shahiihan kaamilan wa 'aaqilan haadziqan 'aaliman 'aamilan
Allaahumma thawwil 'umrahu wa shahhih jasadahu wa hassin khuluquhu wa afshih lisaanahu wa ahsin shuuratahu liqiraa'atilhadiitsi wal qur'aani bibarakati muhammadin shallallaahu 'alaihi wa sallama
Walhamdu lillaahi rabbil


Ibu- ibu yang mengandung marilah sama-sama
kita amalkan & baca doa di atas...

01 Mac 2010

CUTEST BABY WITH CUTE MOM by MaMa_Aqish

Posted by Fatihah at 3/01/2010 01:41:00 PG 2 comments
Kali ni nak join Contest dari MAMA_AQISH



Saya suka terjag blog mama_aqish kerana.. Sejujurnya Fatihah baru jer tahu tentang blog Mama_aqish ni.. Yelah Fatihah ni masih baru lagi dalam alam blogger ni.. So apa yang Fatihah suka & tahu tentang blog ni adalah tutorial tentang blog.. untuk orang baru di alam maya macam Fatihah ni tutorial ni amat berguna.. Selain itu, blog ni ada cerita tentang anak2,cuti2, shopping online & info tentang permakanan baby. So secara keseluruhan blog ni memang serbaguna.

So Fatihah letak gambar Fatihah dengan 2nd baby mikail.. Anak yang sulung dah tak leh join.. umur dah 3tahun+++.. Gambar yang Fatihah pertaruhkan ialah:
>
< >
>
< >
< (abaikan dagu double tu.. hihihihi)

Nama Anak: Muhamad Nacqris Mikail ( Mikail ) 10 bulan 10 hari.
Nama Ibu: Nur Fatihah Chuan ( Fatihah ).

Ok rasa-rasanya macam dah penuhi semua syarat.
Untuk mommies yang berminat nak join contest ni sila lah tengok syarat2 kat blog penganjur mama_aqish.


Contes ni ditaja oleh:

SO LOVELY COLLECTION

dnurboutique & dnurjusmate5

LUV BABY FASHION

Create your own banner at mybannermaker.com!

21 Februari 2010

Mikail Top 5 : PRETTY ZAZA BABY FACE TOP 5..

Posted by Fatihah at 2/21/2010 04:13:00 PTG 6 comments

20 Februari 2010

Gambar Permata Hatiku Si Dara & Si Teruna

Posted by Fatihah at 2/20/2010 10:43:00 PTG 6 comments
Si Teruna & Si Dara.. gelaran yang cukup sinonim dengan pasangan lelaki dan perempuan..

Fatihah yang kini hamil anak ke-3 cukup bertuah kerana telah dikurniakan anak sepasang..

Si Dara yang jelita ialah anak pertama NACQRISMA MIA AMYRA.. Dia yang sangat manja pada awalnya akhirnya berkongsi kasih dengan Si Teruna iaitu MUHAMAD NACQRIS MIKAIL, iaitu adiknya.. anak ke 2..


Amyra dan Mikail mempunyai minat yang sama. Iaitu suka bergambar. Suami Fatihah yang minat fotografi secara tidak langsung menjadikan mereka berdua sebagai model.

Amyra pantang melihat lensa kamera. Manakala Mikail bijak memainkan mimik mukanya bila disuruh senyum..


Bold
Fatihah berharap, potret yang dirakamkan menjadi kenangan untuk tatapan bila mereka sudah besar kelak..

Adakah kawan-kawan blogger sekalian masih ada menyimpan gambar semasa kecil? Pasti mengimbas kembali memori dulu-dulu.. bila kita melihat gambar tersebut..

16 Februari 2010

Laksa Sarawak

Posted by Fatihah at 2/16/2010 05:47:00 PTG 14 comments


Semalam Fatihah dah Family pergi picnic di tepi pantai..

Seperti biasa setiap kali pergi picnic..
Suami Fatihah akan menyuruh Fatihah untuk memasak makanan kegemaran
kami.. LAKSA SARAWAK..

Suami Fatihah cakap makan Laksa tepi pantai
memang best giler.. tak payah susah2 nak
buat BBQ..

Jadi kat sini Fatihah kongsilah sikit cara2 membuat
makanan kegemaran Fatihah & suami..
LAKSA SARAWAK..



Kuah laksa ni senang jer nak buat.. masak pes laksa dalam 30-40minit
kemudian masukan santan & serbuk perasa.
(Kalau kat sarawak memang senang nak cari Pes laksa sarawak ni..
Kalau kat sini KK.. Rasa2nya kat pasaraya Survey jer yang ada..
Kalau nak lebih mudah.. belilah Online)

Kemudian rebus asing2..
Sayur Taugeh, Udang, Mee Bihun
& Isi Ayam (bila isi ayam dah sejuk potong kecil2
Atau carikkan Kecil2)





(Gambar Mee tak cantik & Fatihah tak pasti dengan ayat "carik" yang
Fatihah pakai.. malas nak bertanya..hihihi.. asal ada yg faham.. sudah..)

Goreng telur kemudian gulung dan hiris kecil2


Last sekali untuk sambal belacan



Kisar Bawang besar,belacan,cili kering & cili merah..
Kemudian masak sampai naik minyak..

Dan inilah Hasil nya..




.......................LAKSA SARAWAK...................

P/s: Ada beberapa gambar tak cantik.. kerana waktu ni memang
tak sabar2 lagi nak makan.. & sapa2 yang berminat nak try buat
Laksa Sarawak ni boleh oder dengan Fatihah Pes Laksa ni..
(sempat lagi nak bisnes.. hihihi)

Ada lagi cerita pasal picnic ni.. TUNGGU di entry akan datang..



 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez