03 Mac 2010

DOA IBU untuk BAYI DALAM KANDUNGAN

Posted by Fatihah at 3/03/2010 04:15:00 PTG

Sekarang ni Fatihah dah masuk 34 minggu...
Berdebar2 plak rasa.. Rasa tak sabar pun ada..
Sekarang ni nak tido malam pun susah..
Asyik nak berjaga jer... mungkin terlalu risau kot.
Apa yang Fatihah fikirkan pun Fatihah sendiri tak pasti..
Lagipun ini bukan anak pertama tapi anak yang ke-3 insyaallah..

Kalau dah masuk 34 minggu keadaan baby dalam perut cam image kat bawah ni..


Comel kan...


Sekarang ni hari Fatihah kira menghitung hari lah...


Sebab tak semua ibu yang mengandung akan melahirkan anak tepat pada waktu jangkaan..
Cuma 5% jer yang lahir tepat waktu jangkaan..
Peratus untuk melahirkan awal & lepas waktu due amat tinggi..
So sekarang Fatihah dah kira 50-50 ready ...
Fatihah hope sangat2 Fatihah beranak tak terlalu awal dari tarikh jangkaan.

Kat sini Fatihah nak kongsi satu


DOA IBU untuk BAYI DALAM KANDUNGAN


Bismillahirrahmaanirrahiim

Allaahummahfazh waladii maa daama fii bathnii wasyfihi anta syafin laa syifaa'a illaa syifaa uka syifaa un laa yughaadiru saqamaAllaahumma shawwirhu fii bathnii shuuratan hasanatan wa tsabbit qalbaha iimaanan bika wa birasuulika
Allaahumma akhrijhu min bathnii
... waqta wilaadatii sahlan wa tasliiman
Allaahummaj'alhu shahiihan kaamilan wa 'aaqilan haadziqan 'aaliman 'aamilan
Allaahumma thawwil 'umrahu wa shahhih jasadahu wa hassin khuluquhu wa afshih lisaanahu wa ahsin shuuratahu liqiraa'atilhadiitsi wal qur'aani bibarakati muhammadin shallallaahu 'alaihi wa sallama
Walhamdu lillaahi rabbil


Ibu- ibu yang mengandung marilah sama-sama
kita amalkan & baca doa di atas...

14 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin on 03 Mac, 2010 16:24 berkata...

fatihah,
doa tu mmg saya amalkan sejak saya mengandungkan anak pertama lagi. alhamdulillah, kalau selalu diamalkan kita akan mudah melahirkan.
tihah jgn risau sgt, jgn stress....anak ketiga ni biasanya mudah. sebab dah ada jalan dari abang dan kakak.
pengalaman akak melahirkan Hijaz, alhamdulillah, agak mudah. sekali teran jer.....bukaan pun cepat.
selamat bersalin yer....jgn risau2 sgt.

Fatihah on 03 Mac, 2010 16:32 berkata...

Naimatul Hafizah Nor Rodin - TQ.. Fatihah pun nak amalkan doa ni.. mudahan fatihah senang beranak macam kak fiza.. fatihah bukan nya apa kak.. mengandung kali ni lain plak rasa.. selalu sakit bahagian bawah perut dan tulang pelvis.. nak tido susah sangat..

Fatihah harap beranak kali ni sekali teran jer baby terus keluar... macam kakak.

Ieda Al-Habsyi on 03 Mac, 2010 17:04 berkata...

take care :)

bareessence on 03 Mac, 2010 19:18 berkata...

all the best n take a good care of yourself :)

Fatihah on 03 Mac, 2010 23:59 berkata...

Ieda Al-Habsyi & bareessence - TQ.

fisa othman on 04 Mac, 2010 11:49 berkata...

wah!!! dh tak lama lagi laa tu...menghitung hari...moga selamat semuanya ya...

Fatihah on 05 Mac, 2010 12:49 berkata...

fisa othman - Memang tengah menghitung hari.. Amin amin.. semoga semuanya selamat.

saSha a.K.a MumYalya on 12 Mac, 2010 23:24 berkata...

fatihah..kudoakan semoga semuanya selamat..amin :)

Mama_Aqish on 18 Mac, 2010 13:34 berkata...

tahniah anak anda menang cutest baby with cute mom by mama_aqish

Fatihah on 19 Mac, 2010 05:38 berkata...

saSha a.K.a MumYalya - Amin amin.. TQ sasha

Fatihah on 19 Mac, 2010 05:43 berkata...

Mama_Aqish - TQ

Tanpa Nama berkata...

ada versi jawi x?

nobi on 05 April, 2011 09:55 berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
azieisma berkata...

asalam azie nak berkongsi sket....doa trsebut.ayat ke berapa surah apa ya...mudah sket nak ingat...saya sekarang sedang menghitung hari dah 36 minggu..doakan saya dan bayi selamat..insyallah....

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez