16 Februari 2010

Laksa Sarawak

Posted by Fatihah at 2/16/2010 05:47:00 PTG


Semalam Fatihah dah Family pergi picnic di tepi pantai..

Seperti biasa setiap kali pergi picnic..
Suami Fatihah akan menyuruh Fatihah untuk memasak makanan kegemaran
kami.. LAKSA SARAWAK..

Suami Fatihah cakap makan Laksa tepi pantai
memang best giler.. tak payah susah2 nak
buat BBQ..

Jadi kat sini Fatihah kongsilah sikit cara2 membuat
makanan kegemaran Fatihah & suami..
LAKSA SARAWAK..



Kuah laksa ni senang jer nak buat.. masak pes laksa dalam 30-40minit
kemudian masukan santan & serbuk perasa.
(Kalau kat sarawak memang senang nak cari Pes laksa sarawak ni..
Kalau kat sini KK.. Rasa2nya kat pasaraya Survey jer yang ada..
Kalau nak lebih mudah.. belilah Online)

Kemudian rebus asing2..
Sayur Taugeh, Udang, Mee Bihun
& Isi Ayam (bila isi ayam dah sejuk potong kecil2
Atau carikkan Kecil2)





(Gambar Mee tak cantik & Fatihah tak pasti dengan ayat "carik" yang
Fatihah pakai.. malas nak bertanya..hihihi.. asal ada yg faham.. sudah..)

Goreng telur kemudian gulung dan hiris kecil2


Last sekali untuk sambal belacan



Kisar Bawang besar,belacan,cili kering & cili merah..
Kemudian masak sampai naik minyak..

Dan inilah Hasil nya..




.......................LAKSA SARAWAK...................

P/s: Ada beberapa gambar tak cantik.. kerana waktu ni memang
tak sabar2 lagi nak makan.. & sapa2 yang berminat nak try buat
Laksa Sarawak ni boleh oder dengan Fatihah Pes Laksa ni..
(sempat lagi nak bisnes.. hihihi)

Ada lagi cerita pasal picnic ni.. TUNGGU di entry akan datang..



14 comments:

Naimatul Hafizah Nor Rodin on 16 Februari, 2010 23:51 berkata...

wah....rumah baru yang cantik dan ceria.
tihah, share la resepi pes laksa tu....

Fatihah on 17 Februari, 2010 08:54 berkata...

Naimatul Hafizah Nor Rodin- TQ..Fatihah tak tahulah macam mana nak buat pes tu.. Fatihah beli jer pes yang dah siap.

RerameUngu on 17 Februari, 2010 12:19 berkata...

weee.laksa sawak..lamak sik mkn laksa sawak eh...nyam222...

imma.jayma.azima on 17 Februari, 2010 13:27 berkata...

yummy~!
nyaman eh! terbaek~~~
(^___^)v

Fatihah on 17 Februari, 2010 14:38 berkata...

RaMa2UnGU - aok.. laksa sarawak nang nyaman..

Fatihah on 17 Februari, 2010 14:41 berkata...

^ ZuMaWaMBa ^ - memang terbaik..

Tanpa Nama berkata...

teringin nk mam laksa serawak tu.. pehh! trliur jap.. hahaha.. :D

Unknown on 18 Februari, 2010 08:58 berkata...

lana taknak masak lana nak fatihah masakkan .. pos kat umah boleh?.. ehehe

Fatihah on 18 Februari, 2010 10:27 berkata...

maisyara Pot! Pot!- hahaha.. memang terliur tengok laksa sarawak.. nanati kalau ada peluang maisyara g lah pekenan laksa sarawak ni.

Fatihah on 18 Februari, 2010 10:30 berkata...

L@n@- Boleh.. nanti fatihah tolong lana masak kemudian pos kan... tapi mesti dah kuah tu dah kering sampai tempat lana.. hihihi

iq paramaaputra on 19 Februari, 2010 12:56 berkata...

salam kenal :)

Fatihah on 19 Februari, 2010 14:56 berkata...

iq - hai salam kenal juga..

jan.naimah on 20 Februari, 2010 23:00 berkata...

lamak sik makan laksa sawak eh.... :D

mie on 20 Februari, 2010 23:02 berkata...

sedap nya laksa sarawak ni...
boleh order kat sini ke??
hahahaaaa

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez