09 Mac 2011

Amyra Bersekolah.

Posted by Fatihah at 3/09/2011 12:00:00 PTG 2 comments

Wajah Amyra, pertama kali ambil gambar passport untuk isi borang pendaftaraan sekolah tabika 2012.. 



Alhamdulillah Amyra akan bersekolah tahun hadapan.. Mmm tak sabar rasa nya nak tengok gelagat Amyra di hari pertama bersekolah. hihihi



Memandangkan Amyra akan bersekolah tahun hadapan Fatihah kenalah lakukan persediaan awal untuk memastikan semua keperluan Amyra lengkap. 



Fatihah & suami akan buat satu senarai barang & keperluan untuk Amyra bersekolah nanti... dan kami dah plan awal2 yang kami tidak akan membeli belah keperluan Amyra di saat akhir.. hihihiii


Dan untuk Amyra kami sudah pesan awal-awal kalau nak bersekolah mesti  berjimat cermat & menabung duit untuk keperluaan nya nanti. Nampaknya Amyra sungguh tak sabar nak bersekolah.


P/s: Jom mendaftar & bersama2 Fatihah menabung DISINI


03 Mac 2011

Mikail & Clip Rambut

Posted by Fatihah at 3/03/2011 05:42:00 PTG 0 comments

Ini lah anak bujang Fatihah, Mikail.. Huh pening kepala Fatihah bila memikirkan Mikail ni yang suka sangat nak tiru & pakai apa yang kakak Amyra & baby Hannah dia pakai. kadang2 kalau Mikail tengok Fatihah bersolek mesti dia nak try juga.. Tulah sekarang alat solek Fatihah, Fatihah letak tinggi2 supaya Mikail tak "Test Drive" hahahaha


Tapikan... Nasib baik Mikail tak berminat nak pakai gaun. Mikail lebih suka pakai baju upin & ipin, jersi bola dan baju yang ada gambar bola.. Dan Mikail suka bermain bola... Kalau cuti hujung minggu mesti Papa yang temankn Mikail main bola tepi pantai.. tempat favorite untuk kami sekeluarga bersantai di hujung minggu.



Rasa2nyakan Mikail ni kena ada berkawan dengan seorang budak lelaki yang sama umur dengan dia.. sebab Mikail di rumah jer.. bermain dengan kakak Amyra & Baby Hannah..
Atau... Mama & Papa kena....... opsss itu mungkin perancangan untuk 3-4tahun akan datang.. Hihihii

SEKIAN :)


P/s: Jom buat duit dengan Blog DISINI!!!

01 Mac 2011

Kenapa rasa macam ni?

Posted by Fatihah at 3/01/2011 10:44:00 PG 4 comments
2 hari ni dah Fatihah rasa tak tenang, takut, neves, fikiran bercelaru & macam2 lagi lah.. Fatihah tak tahu kenapa.. Yang Fatihah tahu Fikiran & hati Fatihah tak tenang. 

Fatihah call suami Fatihah untuk pastikan dia ok.. Alhamdulillah dia sampai pejabat dengan selamat.. Lepas tu perasaan Fatihah masih lagi tak tenang.. Fatihah SMS suami Fatihah yang tengah sibuk meeting.. Suami nasihatkan supaya Fatihah istigfar banyak2...


Fatihah pun istigfar banyak2 sambil membaca doa2 dibawah ni..





         Do'a Terhindar dari Kesulitan dan Penderitaan
Biismillaahi 'alaa nafsii wa maalii wa diinii, allaahumma radhinii biqadhaa'ika wa baarik lii fiimaa quddiralii hatta laauhibbaa\ ta'jiila maa akhkharta wa ta'khiira maa 'ajjalta
Artinya : Dengan nama Allah atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusku. Ya Allah, berilah aku rasa ridha terhadap putusan-Mu dan berkatilah segala apa yang Engkau berikan ubun-ubunku dalam tangan-Mu, berlakulah atasku hukum keputusan-Mu dan adillah atasku segala taqdirmu. Aku mohon pada-Mu dengan segala nama yang jadi milik-Mu yang Engkau namakan dengannya diri-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluq-Mu, atau yang Kau simpan dalam perbendaharaan ghaib di sisi-Mu kiranya Engkau jadikan kitab al-Quran jadi kesuburan hatiku dan cahaya dadaku serta menjadi tempat melepaskan segala kesusahanku dan menghilangkan dukacitaku. (HR. Ahmad dan Ibnu Gibban)
Do'a Menghadapi Kesedihan, Kelemahan, Kemalasan, Takut, Kikir, Banyak Hutang Dan Penindasan

Allaahumma innii a'uudzu bika minal hammi wal hazani wa a'uudzu bika minal 'ajzi wal kasali wa a'uudzu bika minal jubni wal bukhli wa a'uudzu bika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.
Artinya : Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung pada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung pada-Mu dari tekanan utang dan paksaan orang lain.

Do'a Ketenangan Jiwa
Rabhanaa afrigh 'alaynaa shabran wa tsabbit aqdaamanaa wahshurnaa 'alal qawmil kaafirina. Rabbanaa laa tuzigh quluubanaa ba'da idz hadaytana wa hablanaa min ladunka rahmatan innaka antal wahhaabu. Allaahumma tsabbitnii an azilla wahdinii an adhilla. Allahumma kamaa hulta baynii wa bayna qalbii, fahul baynii wa baynasy syaythaani wa 'amalihi. Allaahumma innii as-aluka nafsan muthma 'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika wa taqna'u bi'athaa'ika
Artinya : Ya Tuhan kami, curahkanlah kesabaran atas kami dan teguhkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap golongan yang kafir.
Ya Tuhan kami, janganlah kau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadhirat-Mu rahmat karena Engkau adalah Yang Maha Pemberi.
Ya Allah kokohkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman, dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan sesat.
Ya Allah sebagaimana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku, maka berilah penghalang antaraku dan antara syaitan serta perbuatannya.
Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa yang tenang tenteram, yang percaya pada pertemuan dengan-Mu dan ridha atas keputusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.

Do'a Mohon Ketenangan Dalam Menghadapi Musibah
Allahummarzuqnii nafsan muthma'innatan tu'minu biliqaa'ika wa tardhaa biqadhaa'ika
Artinya ; Ya Allah, berilah kami hati yang tenang, yang beriman akan saat perjumpaan dengan-Mu dan ridiha menerima segala ketetapan-Mu

Do'a Ketika Menghadapi Kesulitan
Allahumma Laa shla illaa maa ja'altahu sahlan wa anta taj'alul hazna idzaa syi'ta sahlan
Artinya : Ya Allah, tiada yang mudah selain yang kau mudahkan dan Engkau jadikan kesusahan itu mudah jika Engkau menghendakinya jadi mudah. (HR. Ibnu Hibban)


Do'a Dimudahkan Segala Urusan
Allaahumma innii as-aluka tamaaman ni'mati fil asy-yaa'I kullihaa wasy syukra laka 'alayhaa hattaa tardhaa wa ba'dar ridhaa, wal khiyarata fii jamii'I maa yakuunu fiihil khiyaratu wa bijamii'I masyuuril umuuri kullihaa laa bima'suurihaa yaa kariimu.
Artinya : Ya Allah, aku mohonkan pada-Mu kesempurnaan ni'mat pada segala perkara dan mensyukuri-Mu atasnya, sehingga Engkau ridha dan sesudah ridha itu lalu aku mohonkan pula kepada-Mu untuk memilih segala apa yang boleh dipilih dan dengan segala kemudahannya, bukan yang sulit lagi sukar dikerjakannya. Wahai Tuhan Yang Maha Mulia.

Do'a Mohon Husnul Khatimah
Allaahummaj'al khayra 'umrii aakhirahu wa khayra 'amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa'ika
Artinya : Ya Allah, jadikanlah sebaik-baiknya umurku pada ujungnya dan sebaik-baiknya amalku adalah pada ujung akhirnya, dan sebaik-baiknya hariku adalah pada saat aku menemui-Mu. (Disebutkan oleh an-Nawawi)
 
YA ALLAH YA TUHAHKU BERIKANLAH AKU KETENANGAN DAN KECERAHAN DAN KECERAHAN HATI UNTUK MENERIMA SEGALANYA YANG TIDAK DAPAT KUUBAH.


Fatihah Doakan supaya tidak ada benda tak baik terjadi.. Minta dijauhkan.. YA ALLAH lindungilah aku & keluarga ku.. AMIN...

P/S: Gambar & Doa Kredit GOOGLE.

28 Februari 2011

Mikail Top 21 Contest The Sexiest Baby

Posted by Fatihah at 2/28/2011 05:16:00 PTG 0 comments
Syukur Alhamdulillah mikail dapat Top 21 Contest The Sexiest Baby... Disebabkan Fatihah rajin hari ni.. so Fatihah editlah sikit2 gambar kat atas tu.. hihihii..

Untuk Mikail Good Luck Sayang.


25 Februari 2011

Aku tak pandai memasak?

Posted by Fatihah at 2/25/2011 04:33:00 PTG 5 comments
Dulu masa mula2 berkahwin Fatihah ni kategori orang yang tak pandai memasak.. Tapi nak cakap langsung tak pandai memasak tu tak juga.. Masak yang asas2 ja tahu...


Mula2 kawen Fatihah tinggal rumah mertua.. Percaya atau Tidak.. Fatihah jarang memasak.. yang rajin memasak mak mertua Fatihah.. Tapi Fatihah sangat bersyukur kerana mak mertua Fatihah sangat baik & memahami.. ( Mudah2an sampai bila2, Amin )



Selepas setahun lebih tinggal bersama keluarga mertua.. Alhamdulillah rezeki murah.. Mr.MY dapat offer kerja tetap di KL.. itulah permulaan kami anak beranak ( waktu tu baru ada Amyra ) tinggal bersendiri & berjauhan dari ibubapa & itulah permulaan Fatihah merasa susah senang menguruskan segala hal rumahtangga...



Alhamdulillah sekarang Fatihah dah pandai memasak.. Mr.MY pun makin boroi.. ( baca komplen Mr.MY disini  "PAPA DAH BOROI" )Dan anak2 pun makin membesar ..Apa saja Mr.MY & anak2 nak makan InsyaAllah Fatihah pasti akan usaha memasak.. ( search kat internet jer, macam2 ada ).. Lebih2 lagi sekarang kami tinggal di KK.. makanan laut yang sangat murah & sayur2an yang masih segar membuatkn Fatihah makin suka nak memasak melihat sayur yang segar & makanan yang fresh.

Sekarang Fatihah dalam proses blajar membuat Kek.. Alhamdulillah menjadi & tadi ada seorang makcik nak tempah kek birthday untuk anak nya nanti.. InsyaAllah Fatihah akan usahakan...



P/S : Mari cari duit lebih diSINI!

** Gambar Kredit Google**

21 Februari 2011

Resipi KEK LUMUT

Posted by Fatihah at 2/21/2011 10:40:00 PG 5 comments
Sekarang Fatihah dalam mood yang sangat rajin nak mencuba bermacam2 jenis resipi.. Sebab tu Lately ni blog Fatihah dah macam blog resipi plak.. Hihihihi... 

Ok kali ni Fatihah nak shared salah satu kek tradisi SARAWAK.. Kalau hari raya kek ni memang 
ada..







RESIPI KEK LUMUT

BAHAN - BAHAN

1 Cawan ( mug) Tepung Gandum ( diayak )

1 Cawan ( mug ) Horlicks

3/4 Cawan Gula Halus ( blender )

250 gram Butter/Mentega

4 Biji Telur ( gred A )

1 Tin Kecil Seri kaya atau 4 Sudu Besar Seri Kaya 

1/4 Cawan Susu Pekat Manis

1 Sudu Kecil Esen Vanilla.

Perwarna Hijau secukupnya

CARA -CARA

- Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang & berkrim ( gunakan mixer kelajuan maxsima)

- Masukkan telur sebiji demi sebiji. ( gunakan mixer speed serdahana )

- Masukkan susu pekat & seri kaya.

- Masukan tepung & horlicks sedikit demi sedikit & pastikan selang seli. ** semasa proses ni, boleh sediakan pengukus & didihkan air.**

- Masukkan esen vanila & perwarna hijau. Kacau sehingga sebati.

- Griskan loyang dengan butter/mentega & taburkan sedikit tepung.. ( guna kertas minyak pun boleh )

- Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang.

- Kukus selama 2 jam 30 minit. 


SELAMAT MENCUBA

P/S: Anda mencari hadiah untuk majlis harijadi? perkahwinan? ulang tahun? Jom tengok DISINI!

20 Februari 2011

Resipi Kuih Lapis Simple

Posted by Fatihah at 2/20/2011 01:58:00 PTG 0 comments
Ok Ini percubaan pertama Fatihah buat "Kuih Lapis"ni.. Sangat simple... Fatihah memang suka buat resipi yang simple.. sebab malas nak memeningkn kepala mencari bahan-bahab. Lagipun Fatihah ni budak baru belajar.. 


** Sila abaikan lapisan kuih aku yang tak cantik.. hihihi**


RESIPI KUIH LAPIS 

BAHAH-BAHAN 

2 Cawan ( Mug) Tepung Gandum

10 Sudu Besar Gula 

400Ml Santan Cair

Sedikit Garam

CARA - CARA

- Campurkan semua sekali dalam mangkuk/mixer.

- Kacau sehingga sebati.

-Tapiskan adunan tadi ( supaya tiada adunan yang berketul2 )

- Bahagikan adunan tadi kepada 2 mangkuk yang berlainan

- Satu adunan diisi dengan perwarna pink ( Warna lain pun boleh, ikut kesukaan)

- Satu adunan tadi biarkan warna plan ( Tapi kalau nak letak warna juga pun boleh, Tapi pastikan warna lain2)

- Kemudian kukus selapis demi selapis, selang selikan warna ( satu lapisan dalm 3-5 minit )

- Selesai lapisan kuih itu, Kukus lagi dalam 30 minit atau sehingga masak.

- Sejuk baru potong.



SELAMAT MENCUBA :)

P/S: Pssstttt Mari cari duit lebih di hujung jari DISINI

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez