21 Februari 2011

Resipi KEK LUMUT

Posted by Fatihah at 2/21/2011 10:40:00 PG
Sekarang Fatihah dalam mood yang sangat rajin nak mencuba bermacam2 jenis resipi.. Sebab tu Lately ni blog Fatihah dah macam blog resipi plak.. Hihihihi... 

Ok kali ni Fatihah nak shared salah satu kek tradisi SARAWAK.. Kalau hari raya kek ni memang 
ada..







RESIPI KEK LUMUT

BAHAN - BAHAN

1 Cawan ( mug) Tepung Gandum ( diayak )

1 Cawan ( mug ) Horlicks

3/4 Cawan Gula Halus ( blender )

250 gram Butter/Mentega

4 Biji Telur ( gred A )

1 Tin Kecil Seri kaya atau 4 Sudu Besar Seri Kaya 

1/4 Cawan Susu Pekat Manis

1 Sudu Kecil Esen Vanilla.

Perwarna Hijau secukupnya

CARA -CARA

- Pukul mentega bersama gula halus sehingga kembang & berkrim ( gunakan mixer kelajuan maxsima)

- Masukkan telur sebiji demi sebiji. ( gunakan mixer speed serdahana )

- Masukkan susu pekat & seri kaya.

- Masukan tepung & horlicks sedikit demi sedikit & pastikan selang seli. ** semasa proses ni, boleh sediakan pengukus & didihkan air.**

- Masukkan esen vanila & perwarna hijau. Kacau sehingga sebati.

- Griskan loyang dengan butter/mentega & taburkan sedikit tepung.. ( guna kertas minyak pun boleh )

- Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang.

- Kukus selama 2 jam 30 minit. 


SELAMAT MENCUBA

P/S: Anda mencari hadiah untuk majlis harijadi? perkahwinan? ulang tahun? Jom tengok DISINI!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

sedapnyer.....

mehla anta skit kat ai..

A N A K - A N A K K U on 21 Februari, 2011 11:40 berkata...

pergh sedapnya, sy x pandai wat keklah...tp suka mkn kek

Tie HT on 21 Februari, 2011 12:53 berkata...

sedap nya :)

Lady of Leisure on 21 Februari, 2011 19:01 berkata...

nampak moist, warna hijaunya cantik sangat, pakai pewarna yg ada tulis apple green tu ke?

Fatihah on 23 Februari, 2011 03:26 berkata...

Noremy - Sedap & manis.. ok ok nanti hantar on bluetooth k

Anak2ku - Disebabkan suka makan kek lah Fatihah blajar buat Kek ni.. Kira budak baru blajar lah ni..

Tihara - sedap.... cuba lah

Lady - Memang moist, Yer Fatihah pakai pewarna yang tulis Apple Green tu.. Untuk dapatkn warna hijau tu.. mahu 1 botol pewarna tu Fatihah tuang.. Yerlah nak dapatkan warna seakan2 warna Lumut..

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez