05 Februari 2010

Pretty Zaza Baby Face Contest

Posted by Fatihah at 2/05/2010 12:54:00 PG 10 comments


Ini Baru pertama kali Fatihah join online contest..
Itu pun dah last minit.. Tak tahu masih di terima atau tidak..
Tarikh tutup pun 12.00tengah malam 5 Febuari..
Sekarang pukul 1.01 pagi 5 Febuari..
Masih sempatlah kot...
Harap2lah... Hihihih

Contest ni dianjurkan oleh Pretty Zaza..
Syarat-syaratnya senang jer..
Bacalah kat bawah ni...


Apa yang perlu dibuat:


* Buat ENTRY di blog anda berkenaan contest ini dan letakkan gambar anak anda berposing manja cam contoh gambar kat banner contest di atas tu..
( HEHEH.. Tak MANJA pun TAKPE la, janji muka baby!! CAMNER posing pun, tetap nampak COMEL! )

* Anak anda boleh berposing di mana-mana saja .. tetapi, sila CLOSE UP bahagian MUKA saja tau!!
( Kata, "BABY FACE" contest ?.. Mesti la kena fokus kat muka kan?!!)


TERMA DAN SYARAT :


1) Terbuka kepada semua pem'blog'2 yang ada
2) Add blog ni dalam blog list anda ( sesiapa yang belum jadi follower.. )
3) Letak banner contest di sidebar blog anda dan banner mestilah di'link'kan terus pada ENTRY Ni
4) Umur anak-anak anda mestilah dari 1 hari hingga 6 tahun.
5) Letak gambar anak anda beserta nama, umur dan jantina.
( Secara otomatiknya anak anda akan dikategorikan kepada dua kategori iaitu, BABY BOY & BABY GIRL mengikut jantina mereka)
6) Setelah siap N3 anda, sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya saya boleh menjengah N3 anda (bagi link untuk entry tu sekali..)
7) Pemenang akan dipilih berdasarkan kecomelan masing-masing dan gaya posing yang menarik hati.
8) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Febuari 2010 tepat-tepat pada pukul 12.00 tengah malam.
9) Top 10 bagi kedua-dua kategori akan diumumkan pada 10 Febuari 2010
10) Top 5 pada 15 Febuari 2010 dan pemenang akan diumumkan pada 20 Febuari 2010.

Untuk contest ni Fatihah nak letak gambar anak Fatihah yang n0 2.. Mikail..




Nama : Muhammad Nacqris Mikail bin Mustaffa
Umur: 9 bulan 16 hari
Jantina: Lelaki

"Mama wish you Good Luck sayangku."

04 Februari 2010

Hobi Amyra.

Posted by Fatihah at 2/04/2010 03:24:00 PTG 7 comments
Aktiviti yang sangat anak Fatihah, Amyra gemari ialah melukis & mewarna..
Selain membaca ABC & 123..
Hari2 setiap kali Papa Amyra pegi kerja..
Amyra akan berpesan supaya papa membeli buku untuk mewarna..

Tadi Fatihah mengajak Amyra pergi ke kedai untuk membeli sayur..
Dan Fatihah menyuruh Amyra membeli makanan apa yang dia nak..
Masa Fatihah tengah mencari2 sayur apa yang nak di beli..
Tiba2 jer Amyra.. Menarik tangan Fatihah mengajak
Fatihah
balik ke rumah cepat2..
Ingatkan Amyra nak "poo poo"..
rupa2nya di tangan Amyra ada 2 helai kertas lukisan..
tapi kertas lukisan ni main gores jer pakai kayu yang
menyerupai pencukil gigi..

Setelah membayar kertas lukisan tu.. kami terus balik..
Sampai jer d rumah.. Amyra pun terus memulakan aktiviti nya..
mengores kertas tersebut..

Gelagat Amyra semasa mengores lukisan tersebut..

Sebelum Digores..



Amyra Sedang mengores.. dengan leka nya..




Taraaaa.. siap sudah..



Inilah Hasil nya..



Fatihah kurang pasti Amyra mewarisi minat siapa diantara Fatihah & suami..
Kerana Fatihah & suami memang tak minat bab lukis melukis & mewarna ni..

03 Februari 2010

Suamiku & Outstation.

Posted by Fatihah at 2/03/2010 08:51:00 PG 6 comments



Dalam post kali ni.. Saje je
Fatihah nak bercerita tentang SUAMI..
( sebenarnya dah tak de idea nak buat cite apa..hihihih)..

Suami
Fatihah memang selalu g Outstation..
Dalam seminggu kalau tak g

Outstation memang tak sah..
kadang-kadang sampai 2-3 hari baru balik..


Memanglah
Fatihah boring & kadang- kadang tu ada gak
Fatihah marah2 suami...
Bukan
Fatihah tak faham kerjaya suami
tapi sekarang
Fatihah tengah sarat mengandung..
(kesian kan..huhuhu) walaupun Fatihah pandai memandu sendiri..
Fatihah tetap nak suami yang temankan kemana2
Fatihah
pergi.. (manjalah plak..hihihi).. yelah untuk
keselamatan.. Kadang2 tu tempat yang suami Fatihah pergi
tak ada line telefon.. kan ke susah tu kalau ada kecemasan..
Nak harapkan famili..
kami ni tinggal berjauhan dengan famili..
kami di SABAH & famili d SARAWAK..


Kerjaya suami
Fatihah ni memang perlu banyak pergi outstation..
yelah berkhidmat dengan masyarakat luar bandar & wilayah..
Kadang2 pergi ke pendalaman.. kadang2 pergi ke pulau..

dahlah jalan raya yang d lalui untuk ke satu-satu
destinasi amat mencabar.. lebih-lebih

lagi kalau pergi ke pulau..
OMG pakai boat lagi tu..
Fatihah amat takut kalau memikirkan
keselamatan suami.. Macam-macam boleh jadi...
(" YA ALLAH minta dijauhkan perkara yang
tak bagus ni...Lindungilah Suami Fatihah" )

Opsss.. terlebih sudah.. tengok
Fatihah ni memang suka
berfikiran negative.. pembawakan mengandung kot..
semua nya terlalu sensitif,emosional & apa2lah.. hihihi..


Gambar kat bawah ni
Fatihah curi dari BLOG suami Fatihah..
hihihi.. tengoklah.. pulau & jalan raya yang terpaksa
suami
Fatihah lalui..






p/s:Gambar sikit jer.. kalau nak tengok banyak lagi
singgah lah
BLOG suami Fatihah..

28 Januari 2010

Around The Corner.

Posted by Fatihah at 1/28/2010 01:03:00 PTG 14 comments
Tinggal kira-kira 76 hari je lagi.. anakku yang Ke-3..
InsyaAllah akan lahir dengan selamat nyer (doa-doakan yer)di dunia ini..

Untuk akan yang ke-3 ni.. Fatihah memang tak buat famili Planing..
Saje je nak nak "speed"..
Nak byk anaklah tu... hihihihi..
Kesian Mikail.. Umur setahun dah ada adik..

Kadang-kadang kalau tengok muka Mikail.. pilu plak rasa hati..
Yelah.. tak dapat nak manja lama2.. macam kakak mikail dulu..
Amyra .. umur 3 tahun baru dapat adik.. sebab tu sampai sekarang manja sangat..

Husband cakap tak apa.. yang penting.. kita sebagai ibubapa..
Mesti pandai memberi kasih sayang yang sama rata.. jangan ada pilih kasih..
Kena adil..

Lepas besalin anak yang ke-3 ni.. rasa nyer nak berehat lama..
Tunggu anak2 dah besar sikit.. baru tambah lagi..hihihi..
"papa sabar yer.." Tapi kalau ada rezeki..
Fatihah tak kisah.. Memanglah kalau di ingat2 pengalaman besalin ni..
Terlalu perit & terasa azab nyer.. tapi itu semua pengalaman yang tersangat
AMAZING..Yang diberikan ALLAH..

Untuk anak yang ke-3 ni pengalaman yang AMAZING ni..
Fatihah
akan kongsikan dengan suami Fatihah..Suami Fatihah akan menemani
Fatihah
dalam wad bersalin..
Kami awal2 lagi dah booking tempat untuk ikut ceramah.."Father Friendly"..
Kalau tak ikut ceramah.. suami tak dapat ikut masuk wad bersalin..
Nasib baik booking awal.. jadi masih ada kekosongan..

Nampak nyer suami Fatihah akan mendapat pengalaman baru..
melihat betapa AMAZING nyer.. seorang isteri melahirkan harta dunia dan akhirat.. Mesti asben bedebar-debar lebih dari Fatihah.... pengalaman pertama melihat isteri bersalin..

Macam nilah perkembangan baby dalam kandungan Fatihah sekarang..
29 Minggu 1 Hari..


P/s: Gambar ni Fatihah dapat dari Pregnancy Progress.. Fatihah copy & paste jer..

24 Januari 2010

Cahayaku Yang Kedua

Posted by Fatihah at 1/24/2010 01:00:00 PTG 2 comments
Inilah anak Fatihah yang ke-2.. Muhamad Nacqris Mikail..
Panggil Mikail jer.. lahir 14 April 2009..
Di Hospital Umum Likas,KK.. tepat kul 9.45pm..

Pengalaman mengandungkan Mikail ni tak byk beza dengan kakaknya..
Waktu mengandung ni Fatihah & suami selalu doakn supaya dapat anak lelaki..
Yelah.. anak pertama perempuan. jadi anak ke-2 nak lelaki..
Nak sepasang lah tu..

Masa mengandungkan Mikail ni.. setiap kali scan nak tengok jantina..
langsung tak nampak.. sampai byk kawan2 cakap.. fatihah time tu..
mengandungkan anak perempuan..

Tapi naluri Fatihah tetap yakin mengatakan.. Fatihah tengah mengandungkan anak lelaki..
Kemudian dengan izin ALLAH.. Alhamdulilah permintaan Fatihah & suami termakbul jua.. Kami dapat Baby boy..

INILAH BABY BOY TU...


Cahayaku Yang Pertama

Posted by Fatihah at 1/24/2010 10:12:00 PG 0 comments
Ini anak Fatihah yang pertama.. Nama nya Nacqrisma Mia Amyra..
Panggil MYRA jer.. Myra lahir pada 8 0gos 2006..
di Hospital Umum Sarawak.. tepat kul 4.45pagi..

Mula2 ada anak dulu memang tak sabar2.. Husband pun macam tu..
Yer..lah anak pertama katakn..

Dulu masa mengandunng tinggal dengan mertua..
Jadi banyaklah pantang larang nyer..
Biasalah kalau tinggal dengan orang tua ni..
Nak beli baju baby awal2 pun tak boleh..
Tak tahulah kenapa..? Ada sapa tahu kenapa?

Anak Fatihah, Amyra nilah yang paling banyak hidup susah senang dengan Fatihah & suami.. yelah.. Masa mula2 kawen dulu Husband blum ada kerja tetap macam sekarang..
waktu tu blum ada kereta lagi.. tinggal pun masih dengan mertua..

Tapi sekarang SYUKUR ALHAMDULILAH.. orang cakap rezeki anak.. kehidupan kami anak beranak lebih baik dari dulu.. dah ada kereta,suami dah ada kerja tetap & ada rumah sendiri (Walaupun rumah sewa)..

Inilah yang dikatakan.. "BERSUSAH-SUSAH DAHULU, BERSENANG-SENANG KEMUDIAN"

INILAH PERMATA HATI KAMI YANG PERTAMA.

23 Januari 2010

Setelah Berputus Asa..

Posted by Fatihah at 1/23/2010 11:01:00 PTG 2 comments
Nak type ape yerr...?????

Ok.. nak tahu apa yg membuatkan Fatihah berputus asa????

Nilah cara2 guna blogspot ni.. Fatihah dah register blogspot ni tahun lepas..
Tp disebabkan Fatihah ni memang tak tahu nak berBlog.. Fatihah terus abaikan..

Inilah akibat nyer.. Ada hati nak berBlog tapi.. satu apa ttg blog pun tak tahu..

Akhir ni macam rajin plak nak blajar buat blog.. yerlah member2 kat RH hampir semua ada blog tersendiri.. Tambahan plak..
dalam RH memang ada ajar cara2 buat blog ni..

Pastu member2 kat RH tak kedekut ilmu..masing2 nak kongsi ilmu.. tq kawan2..

Actually Husband Fatihah memang xpert sangat ttg cara2 membuat Blog ni... Husband siap ada buat bisnes untuk siapa2 yang berminat nak buat blog sendiri,perniagaan,iklan & byk lagi..

Bukan Fatihah tak nak blajar dari Husband .. tapi Fatihah nak cuba blajar sendiri.. dari A-Z cara2 membuat blog.. susah kan???

Kalu nak suruh Husband buat.. kejap jer dah siap.. tinggal Fatihah type post je.. senang kan?? pasti semua org boleh buat.. yer lah.. benda dah sedia ada.. macam rumah yang dah siap untuk di diami.. tak perlu nak ukur n panggil tukang lagi.. easy kan..

Neway nak ucap thanks kat member RH yang banyak bagi tunjuk ajar.. n untuk kelly.. Tq

p/s: Blog ni masih baru.. so masih banyak yang kurang..


 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez