01 Februari 2011

Resipi Nasi lemak Simple

Posted by Fatihah at 2/01/2011 01:53:00 PTG
Ini sarapan kami sekeluarga sabtu lepas.. Nasi lemak simple cara Fatihah k.. ok Entry kali ni Fatihah kongsi resipi Nasi lemak Simple ni..






Bahan2 Untuk Nasi

2 Cawan Beras ( makan untuk 4 org )

Santan 200ml ( kalau nak rasa nasi lebih lemak boleh tambah banyak santan)

Air ( untuk masak nasi seperti biasa )
4-5 Hiris Halia

Garam secubit ( atau ikut kesukaan.. kalau nak masin boleh tambah sikit)

Bahan - bahan untuk sambal

6-8 sudu cili giling ( kalau suka pedas boleh letak banyak)

1 biji bawang besar ( dihiris )
5 ulas bawang merah ( ditumbuk )

3 ulas bawang putih ( ditumbuk )

Segenggam Ikan bilis ( dibasuh dah separuh di tumbuk )

Sedikit air asam jawa

Sedikit Belacan

Garam & gula

Cara Memasak:

Campur kan semua bahan2 untuk nasi dan masak seperti nasi biasa

Tumis bawang besar,bawang merah,bawang putih dan ikan bilis,cili giling & belacan yang di tumbuk hingga sedikit garing atau pecah minyak.

Kemudian masukkn air asam jawa dan ikan bilis separuh lagi tadi.

Masukkan sedikit garam & gula.. masa sehingga sedikit pekat.

Bahan2 tambahan: 

Timun, Ikan Bilis Goreng, Kacang Goreng & Telur rebus.

Ok simple kan.. tapi dalam gambar terlupa letak Timun... 

SELAMAT MENCUBA : )


P/S: Suami siap request masak nasi lemak lagi untuk sarapan hari Ahad plak.. : ) : )

1 comments:

fa10 on 08 Februari, 2011 00:53 berkata...

senang dibuat, sedap dimakan!!!

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez