Assalamualaikum semua..
Pagi tadi Fatihah pergi Klinik Nur untuk " FAMILY PLANNING".. Seperti biasa setiap kali Fatihah pergi ambil family Planing mesti Mr.MY,Amyra & Mikail setia menemani.. Hannah tinggal di rumah jer....sebab biasanya sekejap jer Fatihah buat family planning.. Tapi hari ni.. kesian Mr.MY kena tunggu lama sambil menjaga Mikail.. Yerlah Fatihah nak buat ujian "PAP SMEAR ".. Korang pernah buat tak???
Ujian "PAP SMEAR " ni kejap jer.. tak sakit pun.. Cuma.... MALUUUUUUU... hahahah korang yang perempuan fahamlah kan.. kalau " PAP SMEAR" ni doktor cek tempat mana kannnnnn? tak payah lah fatihah jelaskan disini... hihihii.. Nasib baik di klinik nur ni.. semua nurse & doktor perempuan.. walaupun perempuan tapi tetap malu juga OK...
Fatihah ambil Pakej 2 iaitu buat PAP SMEAR, UJIAN KOLESTEROL , DARAH , BMI & GULA dalam badan.. Hmmm.. keputusan PAP SMEAR akan keluar dalam 2-4minggu akan datang.. Tungguuu.. Kat bawah ni keputusan UJIAN KOLESTEROL , DARAH , BMI & GULA dalam badan.. Semua keputusan Normal cuma 1 ja yang sangat memeningkan kepala Fatihah BMI badan Fatihah.. Korang tengok lah sendiri.
Nampak nya kenalah Fatihah control makan a.k.a Diet... Tahap 2 sudah tu... Hmm cuba korang teka berapa Berat Badan & Tinggi Fatihah? Siapa teka dengan betul Fatihah bagi KeyChain.
Pssstttt... Korang yang belum buat PAP SMEAR tu... mesti buat tau... Penting sangat..
Borneo Ant House, Kampung Kindu, Lebuhraya Tuaran-Tenghilan, Sabah
7 tahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan