30 Mac 2011

Andai kau tahu.

Posted by Fatihah at 3/30/2011 03:04:00 PTG

 Luahan ni Fatihah copy & paste dari Facebook.. Fatihah tak reti sangat nak menyusun ayat macam ni jadi copy & paste jer..Dan yang berwarna Merah tu..  untuk SUAMI fatihah & pengalaman kami sejak bersama melayari dunia rumah tangga... Yang baik.. ambillah jadikan teladan dan yang buruk abaikan.

Suamiku.. " mun malas baca panjang2.. baca nak merah jak "

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. ( Betul.. suamiku segalanya dihatiku )

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. ( Betul.. Walaupun Fatihah ni memang cengeng/congek )

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. ( Pernahlah meninggi suara dengan suami.. Tapi terus minta maaf sebab memang tak dapat nak control kalau marah.. tapi suamiku memang suka pujuk... hihihii )

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. ( Fatihah memang suka bercakap banyak dengan suami.. sebab Fatihah anggap suami Fatihah lah kawan terbaik Fatihah & Fatihah boleh bercakap & bercerita apa sahaja tentang hal luar dan dalam “negeri” hihihii )
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. ( Untuk masa depan kami sekeluarga )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. (  Memang sentiasa mahukan yang terbaik & takut kepercayaan dikhianati)

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. ( Fatihah & suami memang sama2 suka di pujuk.. Kalau Fatihah merajuk suami yang pujuk... Kalau Suami merajuk Fatihah plak yang pujuk )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. ( Kalau Perkataan I LOVE YOU ni memang hari2 Fatihah dan suami ucapkan.. dah menjadi kebiasaan kami.. )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. ( Kalau yang ni memanglah walaupun hari2 jumpa Fatihah still juga cakap Fatihah rindu kat suami walaupun baru beberapa saat tak nampak suami.. Dan sememangnya ucap I MISS YOU  tu untuk suami memang Fatihah maksudkan )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. ( Rasa2nya macam tak ada plak bandingkan suami dengan org lain melainkan secara tanpa sedar lah.. Kalau ada Fatihah minta maaf lah dengan suami Fatihah.. Tapi SUAMIKU KAMULAH YANG TERBAIK DI HATIKU )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. ( Alhamdulillah setakat ni suami Fatihah memang seorang penyabar.. Mudah2an sampai bila2.. Amin )

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. ( Tak pernah plak cakap macma tu.. Cuma kalau nak tenangkan fikiran Fatihah akan berdiam diri atau berterus terang jer dengan suami.. Tapi kadang2 Fatihah akan menjauhkan diri dari suami.. sampai rasa dah ok baru peluk2 balik suami.. dan minta maaf hihihihi )

.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi , isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda. ( AMIN )


Wanita memang dilahirkan sangat “complicated” untuk difahami.. Jadi untuk suamiku Mustaffa Yasin.. bersabarlah sayang dengan perangai isterimu yang “ Comel” ni.. hihihii Love You Papa.

2 comments:

Unknown on 30 Mac, 2011 16:52 berkata...

Salam Fatihah,

So sweet... :)...

Fatihah on 31 Mac, 2011 01:49 berkata...

@ummufatihah
Hihihi... kei rindok ati jak...

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez