16 Februari 2010

Mencari Bekas Kekasih Hati!!!

Posted by Fatihah at 2/16/2010 06:43:00 PG

Pagi tadi awal bangun.. Anak2 tersayang & suami tercinta pun masih enak
di buai mimpi di siang hari..

Memandangkan semua masih tido jadi Fatihah pun ON lah Laptop.. nak online lah tuu....
hihiihi... pas On Laptop Fatihah pun buka lah blog & FB..

Masa buka FB tu.. Fatihah ternampaklah ada satu link tu.. yang betul2 membuatkan
hati Fatihah tersentap...

Entahlah kenapa org tu masih mencarikan bekas kekasih hati yang yang dulu..
sedangkan sekarang rasa2nya dia dah ada 1 famili yang cukup bahagia.. pada pandangan
Fatihah lah.. yelah ada semuanya.. termasuk harta dunia dan akhirat..

Mungkin bagi si suami ni.. si isteri ni tak sebaik bekas kekasih nya dahulu kot..
yelah dengan ex nya dahulu bercinta bagai nak rak sampai 6 tahun lebih.. pastu dengan si isteri yang dia kahwin sekarang ni bercinta 2-3 tahun jer pastu kawen.. (mengikut kata si isterilah dulu yang pernah menjadi kawan Fatihah) Jodoh katakan..

Pada pandangan Fatihah si isteri dah cukup baik.. yelah mula2 dulu waktu mereka nak kawen
macam2 halangan ada.. lebih2 lagi bila si isteri membuat keputusan nak memeluk agama islam..
macam2 perkara yang Fatihah tengok mereka sanggup lakukan bersama2.. senang cerita lah..
SUSAH SENANG DI TEMPUHI BERSAMA..Kalau si suami susah si isteri yang usaha nak tolong.. kalau si isteri susah mestilah si suami plak yang tolong.. nama pun SUAMISTERI kan????

Entahlah apa lagi yang kurang si isteri di mata si suami ni.. nak bertudung. si isteri pakai dah.. memasak pun.. si isteri dah usaha dah yang terbaik.. mungkin lepas bersalin si isteri tak dapat
nak maintain berat badan kot.. yelah lelaki ni (tak semua ok) suka tengok permandangan yang cantik2.. atau senang cerita MUNGKIN si isteri x SEBAGUS.. BEKAS kekasih hati si suami yang pernah di cintainya selama 6 tahun yang lalu..

Dulu pernah juga si isteri bercerita kat Fatihah yang si suami ni jenis yang 24jam menatap komputer & online (suami dia bukan jenis yang suka keluar rumah).... kalau si isteri tegur,..mesti si suami jawab.. " nak cari duit lebih dengan online" jadi si isteri taklah cakap apa.. sebab ingatkan niat si suami tu betul... Si isteri ikot jer cakap suami..

Pada pandangan mata Fatihah si suami ni.. Sangat baik.. pendiam & tak banyak cakap..
Fatihah selalu cakap kat si isteri yang dia beruntung dapat suami macam tu.. tak banyak karenah.. Dan lebih suka menghabiskan masa di rumah sahaja..

Mungkin ini penangan Zaman Siber.. boleh cari siapa yang kita nak.. walaupun di hujung jari sekali pun... tanpa pengetahuan si isteri.. si suami buat hal cari Bekas Kekasih Hati nya yang juga sudah berkahwin di alam siber... huhuhu.. sedih nyer...

Apa patut Fatihah buat??? nak report ke kat si isteri yang merupakan kawan Fatihah.. kami sama saudara baru.. nak cerita ke apa yang si suami buat kat internet?? Mmmmmm.. Biarlah
malas Fatihah nak campur urusan Rumahtangga dia.. cuma Fatihah doakan.." SEMOGA ALLAH MENUNJUKKAN KEBENARANNYA" amin amin..

P/S: Saje je nak tulis entry pasal kawan Fatihah ni.. Untuk Renungan dan Peringatan kita bersama.. sapa2 suami yang kaki online tu..
AWASI aktiviti suami anda.. Sayangi keluarga anda.. Entry ni tak ada kaitan dengan sapa2 yer.. melainkan kawan Fatihah tu.. Maaf bagi yang terasa..Ahaks... hihhihi



2 comments:

sasha @ mumyalyaqil on 16 Februari, 2010 12:23 berkata...

erkkk..buleh pulak nak cari bekas kekasih..aduyai..ku kalau ex cari ku dalam fb pun ku tak layan..apetah lagi nak cari..tak paham betui la..

Fatihah on 16 Februari, 2010 16:43 berkata...

saSha a.K.a MumYalya - hihihih.. betul tu sasha.. walaupun niat nak berkawan saje pun.. bagus tak payah nak contact2...

 

Cahaya Hidupku Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez